Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Perkongsian

Nikmat Yang Paling Besar

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum wbt Apa khabar semuanya??? =D Alhamdulillah =) Atas segala nikmat yang Allah telah kurniakan kepada kita...  Dan benarlah bahawa sesungguhnya nikmat yang terbesar itu adalah nikmat Islam =) Subhanallah... ana juga tertanya-tanya, mengapakah nikmat Islam ini adalah nikmat yang paling besar, sehinggalah ana menemukan video yang sangat menyentuh hati ini ; Sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah, Apakah intinya dalam video ini?  * Supaya kita bersyukur dengan nikmat Islam yg insyaAllah sedang kita miliki... kerana ketahuilah bahawa Allah mengharamkan syurga bagi yg kufur * Dan sesungguhnya, wahai teman... ketahuilah bahawa sekiranya Allah menginginkan kebaikan buat hamba-Nya, maka dia dimatikan dalam Islam * Rasulullah SAW juga berdoa...  Oleh kerana itu, wahai teman-teman... Jadikanlah hati ini gembira semasa menyembah Allah... kerana dengan cinta-Nya kita berada dalam nikmat yang besar ini s...

Lelahnya Mukmin vs Lelahnya Fasiq

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum wbt~ Alhamdulillah 'ala kulli hal =) Berpeluang untuk menulis dalam blog ni, bg ana adalah satu medan yang sangat ana syukuri. Subhanallah walhamdulillah~  Perasaan di mana,  ada tanggungjawab  dan amanah yang perlu ana penuhi... Perasaan di mana, ada medan untuk meluahkan fikrah,  berdakwah dan berkongsi... Perasaan di mana, menimbulkan kekuatan  dan peringatan kepada diri... InsyaAllah, ini adalah salah satu wasilah yang ana gunakan untuk perbaiki diri ana sendiri.  Perasaan Lelah        Pernah tak ntum rasa perasaan ni? Lelah... bukan yg mcm semput tu, tp capek, penat. Perasaan lelah ini akan nampak bila kita mula mengeluh, tiada kesungguhan dalam berbuat, bertangguh dan berlengah.        Sebagai contoh, azan berkumandang... ada berbagai-bagai ragam hamba Allah masa ni, dan sesungguhnya seorang mukmin itu apabila mendengar seruan kepada Allah ini, ...

Menelusuri Jalan Tarbiyyah~

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum wbt...  Alhamdulillah wa syukurillah, atas nikmatNya yang dinikmati hingga ke hari ini.  Setiap hari tiada jemunya Allah memberi... Selawat dan salam ke atas junjungan Mulia Rasulullah SAW. Tarbiyyah =)  Itu adalah proses,  proses yang sangat panjang. Tarbiyyah =) Itu adalah didik, didik hati, diri dan iman. Tarbiyyah =) Itu punya bermacam rasa, Namun ana fakir kata untuk menakwilkannya.          Subhanallah~ jujur ana nyatakan betapa fakirnya ana untuk menjelaskan betapa hikmahnya tarbiyyah ini, kerana tarbiyyah ini timbul dan meresap deep dalam hati, bersama kefahaman yang dikurniakan Illahi. Justeru, rasa tarbiyyah ini susah untuk dapat juga untuk dilepaskan begitu saja.          Namun, insyaAllah, ana ada sedikit sharing untuk ana singkap and engraved juga untuk kita sama renungkan, may Allah ease =) Ana dan Tarbiyyah  ...

We Are The Youth of Dignity

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum wbt... Salam Sejahtera buat semuanya... Semoga sentiasa sejahtera jasad, juga rohaninya... insyaa Allah =) Segala puji hanya untuk Allah Yang Maha Esa, dengan Ar-Rahman dan Ar-Rahim Nya dapat lagi kita semua hidup hari ini. Insyaa Allah, adalah untuk membina jambatan yang utuh dan cantik ke akhirat dan melepaskan diri dari tali-tali keasyikan cintakan dunia. Subhanallah~ Feeling inspired for our mission!!! Selawat dan salam buat junjungan yang mulia Rasulullah SAW, kerana dengan izinnya Allah risalah Islam sampai kepada kita melalui perantaraan Baginda SAW. Dan hati ana hajatkan, semoga dapat menyambung penyebaran risalah Islam kepada masyarakat. Insyaa Allah, untuk itu perlu persediaan! Alhamdulillah Ya Rabbal 'Alamin~ Ana sekarang sedang bercuti sementara menunggu keputusan asasi. Dah habis PASUM... And currently sedang berhadapan dengan ujian yang besar =) Ujian masa lapang dan waktu sihat. Masya Allah~ Semoga tabah ye menempuhnya......

Rasa Berdosa?

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum wbt... kaifa halukum jaami’an? Ana doakan kita semua sentiasa berada dalam rahmah dan maghfirah Allah =) Tapi, kenapa rahmah dan maghfirah Allah?   Kerana rahmah itu adalah BELAS KASIHAN Allah terhadap hamba-hambaNya. Dan sesungguhnya rahmah Allah ini sangat besar dan kadang-kadang tidak terjangkau akal kita untuk memikirkannya. Contoh situasi;             ‘ Seorang pelajar yang sangat rajin dan bersungguh-sungguh belajar mendapat keputusan yg sgt cemerlang dlm exam.’ Adakah dia yakin yg kejayaan yg dia peroleh hasil usaha kerasnya semata-mata?             Tidak sebenarnya, tetapi itulah rahmah Allah kepadanya. Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Adil. Jika Allah tidak izinkan, jika tiada belas kasihan Allah terhadapnya maka tiadalah dia mendapat keputusan cemerlang itu =)    ...

Kerja Kita Besar!

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum wbt :D Kaifa halukum?  Alhamdulillah, ana sudah pun melangkah satu langkah ke hadapan. Allah~ bukan mudah ana nak titipkan tinta di blog kesayangan ni. Namun, apa yang Allah kurniakan...iaitu rasa tanggungjawab dan rindu menulis. Dua tuntutan hati dan iman, subhanallah...itu yang menggerakkan langkah ana ke hadapan. Tak cukup dengan itu, perlu ada ilmu :) Insyaa Allah, semoga perkongsian ana kali ini bermanfaat untuk semua dan nafsi juga :D Tahukah saudara-saudari yang dikasihi kerana Allah? Menulis itu tidak mudah :) Lagi-lagi setiap apa yang dititipkan ini akan menjadi penyaksian di akhirat kelak. Jadi, bagi ana sendiri...ana akan berusaha menulis dengan apa yang ana rasa dekat dengan hati ana, supaya hati antum juga dapat merasakan getaran frekuensi yang sama dengan apa yang ana rasa :) Insyaa Allah, semoga Allah izinkan ye! Subhanallah,  Kerana Allah izinkan, pada 10/11 yang lepas, ana dengan sahabat, Alia...

Aku Merinduimu- Devotees

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum wbt =) Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian kepada Allah SWT Sesungguhnya segala yang bisa kurasakan kini, Tidak lain dan tidak bukan,  Adalah rahmat dan nikmat dari Allah =D Alhamdulilah~ Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW ahli keluarga Baginda, para sahabat, tabi', tabi' tabi'in... Juga buat my beloved family, yang jauh di mata tpi dekat di hati Ayah, Ibu, Kakak and My Adik =)          Insyaa Allah, saya ingin kongsi sebuah lagu yang bertajuk Aku Merinduimu nyanyian Devotees. Just a simple intro, lagu nie bertemakan luahan hati seorang anak kepada keluarga, khususnya kepada kedua-dua ibu dan ayahnya. Lirik dari hati seorang anak yang melaksanakan tanggungjawab sebagai anak yang soleh dan juga seorang pelajar yang cemerlang. Anak itu berkata...AKU MERINDUIMU!~         IBRAH lagu; - Jangan kita lupa matlamat kita dalam medan ilmu ini ...

Apa yang Kamu Mahu?

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akbar! ~Feeling blessed =)~ ~SMILE!~ Assalamualaikum wbt... Kaifa haalukum? ‘Alaina fil ‘afiah wa salamah min Allah...kan!~Amiin~ Selawat dan salam buat junjungan besar, Baginda SAW Baginda sangat-sangat merindui kita, umat Baginda Maka bagaimana pula kerinduan kita terhadap Baginda? Allahumma solli ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala alihi wa sohbihi wa sallim! Apa yang kamu mahu? Salah satu perkara yang paling menakutkan di dunia ini adalah kemahuan manusia. Kemahuan manusia tak pernah berhenti, tak pernah cukup. Kemahuan sentiasa disifatkan perlu dipenuhi untuk mencapai kecukupan. Kecukupan pula selalu dikejar untuk menutup kekosongan. Tak pernah rasa bosan, berlari mengejar yang tak pasti... Allah...maka di mana akhirnya? Apa yang kamu mahu sebenarnya? "Sesungguhnya setiap amalan harus disertai dengan niat....!" Setiap langkah kaki di lapangan,  Setiap perbuatan tangan l...

Tarbiyyah Allah

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Sesungguhnya dari Allah lah kita datang dan kepada Allah lah kita kembali =) Jadi, tidakkah kita melihat dan berfikir? Jika mulanya kita dari Allah dan akhirnya kita juga kepada Allah, maka perjalanan kita iaitu kehidupan ini juga adalah semata-mata kerana Allah... Surah Al-Baqarah 2; Ayat 155-156 Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta dan jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (155) Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata (Sesungguhnya  kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali) (156) Sahabat dan sahibah yang saya kasihi kerana Allah, Berdasarkan dua ayat daripada Surah Al-Baqarah di atas, apa yang saya ingin sampaikan adalah tentang UJIAN yang juga adalah TARBIYYAH ALLAH =) So... let's make an equation            ...