Nikmat Yang Paling Besar


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt
Apa khabar semuanya??? =D

Alhamdulillah =) Atas segala nikmat yang Allah telah kurniakan kepada kita... 
Dan benarlah bahawa sesungguhnya nikmat yang terbesar itu adalah nikmat Islam =)
Subhanallah... ana juga tertanya-tanya, mengapakah nikmat Islam ini adalah nikmat yang paling besar, sehinggalah ana menemukan video yang sangat menyentuh hati ini ;


Sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Apakah intinya dalam video ini? 
* Supaya kita bersyukur dengan nikmat Islam yg insyaAllah sedang kita miliki... kerana ketahuilah bahawa Allah mengharamkan syurga bagi yg kufur
* Dan sesungguhnya, wahai teman... ketahuilah bahawa sekiranya Allah menginginkan kebaikan buat hamba-Nya, maka dia dimatikan dalam Islam
* Rasulullah SAW juga berdoa... 

Oleh kerana itu, wahai teman-teman...
Jadikanlah hati ini gembira semasa menyembah Allah... kerana dengan cinta-Nya kita berada dalam nikmat yang besar ini serta menerima rahmat-Nya... insyaAllah
Dan ketahuilah bahawa, tatkala Allah menarik nikmat (agama) ini, maka tiada gantinya~

Subhanallah, dan apabila perasaan gembira apabila mentaati Allah itu ada, sesungguhnya kita sedang menikmati nikmat itu...
Allahuakbar...
Semoga kita dalam kalangan yang sentiasa gembira untuk metaati-Nya =)


Semoga Allah redha...
Doakan ana; fiddunya hasanah wa fil-akhiroh hasanah =)

Ulasan