Lelahnya Mukmin vs Lelahnya Fasiq



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt~

Alhamdulillah 'ala kulli hal =)

Berpeluang untuk menulis dalam blog ni, bg ana adalah satu medan yang sangat ana syukuri. Subhanallah walhamdulillah~ 

Perasaan di mana, 
ada tanggungjawab 
dan amanah yang perlu ana penuhi...

Perasaan di mana,
ada medan untuk meluahkan fikrah, 
berdakwah dan berkongsi...

Perasaan di mana,
menimbulkan kekuatan 
dan peringatan kepada diri...

InsyaAllah, ini adalah salah satu wasilah yang ana gunakan untuk perbaiki diri ana sendiri. 

Perasaan Lelah 

     Pernah tak ntum rasa perasaan ni? Lelah... bukan yg mcm semput tu, tp capek, penat. Perasaan lelah ini akan nampak bila kita mula mengeluh, tiada kesungguhan dalam berbuat, bertangguh dan berlengah. 

      Sebagai contoh, azan berkumandang... ada berbagai-bagai ragam hamba Allah masa ni, dan sesungguhnya seorang mukmin itu apabila mendengar seruan kepada Allah ini, mereka ingin melaksanakannya, ya! Tanpa lelah...
Sebaliknya, ada juga yang mengira apabila sampai waktu yg sesuai untuk dia, baru dia ingin melaksanakannya, itulah fasiq...wa na'uzubillah min zalik, astaghfirullah al-'azim wa atubu ilaih~3x

    Itu lah dia gambaran dua jenis golongan yang dengannya insyaAllah kita dapat melihat di mana diri kita sebenarnya. Kita muhasabah sebentar... 

Lelahnya Mukmin
    
      InsyaAllah, dalam diri seorang mukmin itu ada kekuatan yakin dan percaya! Yang membawa dirinya, iktikadnya, amalannya kepada kebergantungan kepada Allah Azza Wajalla. Banyak kita lihat ye, daripada kisah para sahabat Nabi, kisah ulama' dan tokoh2 Islam natijah yang besar dan kebergantungan yang tinggi kepada Allah Azza Wajalla. 

    Dalam kisah perjuangan Baginda SAW, betapa banyaknya perang semasa zaman Baginda, mengikut perkiraan, Baginda dan para sahabat hanya berehat + - sebulan sahaja sebelum berperang lagi dan lagi. 

     Kisah Abu Ayyub Al-Ansori, dalam usia emas, beliau masih lagi berperang dalam misi penaklukan Kota Constantinople, sehingga jasadnya diminta untuk disemadikan di situ, di benteng Kota Constantinople... 

     Kita lihat dan hayati... apakah mereka tidak penat? 

Ya, sudah pasti ada rasa itu, tetapi keyakinan dan kebergantungan kepada Allah SWT mengatasi segala-galanya. Lantas apa yang mereka rasakan itu lebih kepada kemanisan iman, kekuatan untuk meneruskan perjuangan. 

Sahabat yang dikasihi kerana Allah SWT, 

      Ini adalah natijah iman! Keyakinan kepada Allah dan berserah hanya kepada-Nya. Jika kita soroti kisah penaklukan Kota Constantinople sendiri, bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh boleh terus berjuang sedangkan 12 misi menakluki kota itu sebelumnya tidak berjaya sepenuhnya. Bagaimana? Hatta, sebenarnya mereka hampir gagal menembusi Kota itu namun mereka bangkit dengan strategi membawa semua kapal merentasi bukit dalam 1 malam... Keazaman dan kekuatan apakah ini?    

    Subhanallah, ana pon amazed... inilah kekuatan hasil yakin dan berusaha bersungguh-sungguh serta keizinan Allah. Lihat saja ibadah Sultan Muhammad Al-Fateh serta rakyatnya, bagaimana mereka menjaga keimanan, solat fardhunya, qiamulail, subhanallah... Ketekunan dan strategi, membina Rueli Hissari, maka segala kesungguhan itu memerlukan pembuktian amal, insyaAllah~

Lelahnya Fasiq    

     Fasiq, sekali dengar rasa sinis semacam. Memang, hatta kita tidak suka dengan perkara itu, tidak mustahil kita ada di situ. Mengapa? Mungkin sebab lupa, tersilap langkah dan sebagainya dan mungkin juga mengalah dan menuruti. Sometimes we are what we hate.

    Lelahnya Fasiq ini apabila diri give up, hands up, lepas tu... why are we doing this?! hehe, mungkin gambaran ana saje. Then, start to avoid... 

    Hakikatnya, mudahnya manusia lelah kepada apa yang dilakukan kerana tiada rasa enjoy, tiada rasa kemanisan dalam melakukan perkara itu. Kerana apa? Sebab, tiada kefahaman dan matlamat yang jelas dalam melakukannya. Contohnya, ramai orang ber'couple' , ber'couple'... lepas tu break up sebab tidak sefahaman, tp sebenarnya timbul rasa lelah, penat dengan pasangannya...kemudian carik lagi pasangan and the cycle goes around. 

    " Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Yang mereka ikuti hanya persangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan." 6:116
    
    Di sini, lelahnya fasiq itu, apabila dia penat dengan yang ni, dia cuba yang tu, terus bergelumang dengan perkara itu yang akibatnya lebih menjerumuskan diri kepada kemaksiatan. Maksudnya, timbul perasaan tend to do more on bad deeds, yang padanya boleh untuk mengubati lelah daripada perkara sebelumnya. 

   Bak kata pepatah, siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri.

Introspeksi Diri

    Jadi di sini, perlukan pemurniaan insyaAllah. Bagaimana, kita hendak lakukan sesuatu tanpa timbul rasa lelah dan bosan? Susah untuk menipu diri sendiri, sebab hatta dalam beribadah dan menyeru kepada kebaikan sekali pon naik turunnya pasti ada...dan itulah keadaan iman manusia.

      Tapi, bagaimana?


  1.  Jadikan azab Allah yang keras dan pedih itu sebab bagi menjauhi kemaksiatan. Panas akhirat itu berganda-ganda azabnya! Allah~ Kita tidak mahu tergolong dalam golongan yang rugi. Berdoalah,
" Tunjukilah kami jalan yang lurus. (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat." 1:6-7


 2.   Berjihadlah dengan harta dan jiwamu, lakukan kedua-duanya sekali =)


" (Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui." 61;11

3.    Yakinlah dengan janji Allah dan bersabarlah... Perbuatan-perbuatan baik itu menghapuskan kesalahan-kesalahan. Jangan lelah dalam berbuat, teruskan berbuat, seperti membawa air dengan raga kotor...akhirnya raga itu pasti bersih =)


" Dan laksanakanlah solat pd kedua-dua hujung siang(pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan malam. Perbuatan-perbuatan baik itu menghapuskan kesalahan-kesalahan. Itulah peringatan bagi orang2 yang selalu mengingati (Allah). Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat kebaikan." 
11:114-115


Pesanan daripada penaja, dalam menelusuri syaaban and ballighna Ramadhan,



Dunia biarlah tempat Berpenat,
Akhirat tempat aku Berehat,
Perjuangan yang belum selesai...

Semoga Allah redha,


Ulasan

Catat Ulasan