We Are The Youth of Dignity


بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum wbt... Salam Sejahtera buat semuanya...

Semoga sentiasa sejahtera jasad, juga rohaninya... insyaa Allah =)

Segala puji hanya untuk Allah Yang Maha Esa, dengan Ar-Rahman dan Ar-Rahim Nya dapat lagi kita semua hidup hari ini. Insyaa Allah, adalah untuk membina jambatan yang utuh dan cantik ke akhirat dan melepaskan diri dari tali-tali keasyikan cintakan dunia. Subhanallah~

Feeling inspired for our mission!!!

Selawat dan salam buat junjungan yang mulia Rasulullah SAW, kerana dengan izinnya Allah risalah Islam sampai kepada kita melalui perantaraan Baginda SAW. Dan hati ana hajatkan, semoga dapat menyambung penyebaran risalah Islam kepada masyarakat. Insyaa Allah, untuk itu perlu persediaan!
Alhamdulillah Ya Rabbal 'Alamin~

Ana sekarang sedang bercuti sementara menunggu keputusan asasi. Dah habis PASUM... And currently sedang berhadapan dengan ujian yang besar =) Ujian masa lapang dan waktu sihat. Masya Allah~
Semoga tabah ye menempuhnya... =)

Juga buat sahabat2 yg sedang bercuti~
Pasti kita sedang carry out planner holiday kita... Biarlah punya matlamat dan target yang jelas. Masa cuti ini, kita giatkan untuk memperbaiki diri.

Ana teringat masa kat PASUM, ana terfikir... Kerja Kita Besar!




Dan jika benar inilah matlamat kita, we have no time to waste time.

Sedarlah wahai diri, pujuklah hati...
Apabila terlalu lama kita bermain-main dengan gelora hati, main tarik-tarik tali dalam mengikuti syari'at Illahi, tangga pertama sekali pun belum tentu dijejak kaki. Allahu~

Insyaa Allah, sama-sama kita bermuhasabah, ok lepas nie kena tegas mendidik diri!

Bagi sahabat2 yg sedang berjuang di medan ilmu...
pasti antum sedang menguatkan hati, mengerahkan diri dan segala keringat, bersekang mata meski lelah dan penat, hadapilah dengan penuh nikmat.

Laksana insan yang dahagakan ilmu, hunuslah mata penamu, supaya dapat membina diri, agama, negara dan masyarakat.
Mungkin antum jealous tengok kami cuti, ada yang dah mula merangka-rangka planner cuti, tapi buatlah sehabis baik di medan antum sekarang.


Ana titipkan sajak buat semua...


Semoga Allah redha~

Ulasan