Kerja Kita Besar!


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt :D
Kaifa halukum? 
Alhamdulillah, ana sudah pun melangkah satu langkah ke hadapan. Allah~ bukan mudah ana nak titipkan tinta di blog kesayangan ni. Namun, apa yang Allah kurniakan...iaitu rasa tanggungjawab dan rindu menulis. Dua tuntutan hati dan iman, subhanallah...itu yang menggerakkan langkah ana ke hadapan. Tak cukup dengan itu, perlu ada ilmu :)
Insyaa Allah, semoga perkongsian ana kali ini bermanfaat untuk semua dan nafsi juga :D

Tahukah saudara-saudari yang dikasihi kerana Allah?
Menulis itu tidak mudah :) Lagi-lagi setiap apa yang dititipkan ini akan menjadi penyaksian di akhirat kelak. Jadi, bagi ana sendiri...ana akan berusaha menulis dengan apa yang ana rasa dekat dengan hati ana, supaya hati antum juga dapat merasakan getaran frekuensi yang sama dengan apa yang ana rasa :) Insyaa Allah, semoga Allah izinkan ye!




Subhanallah, 
Kerana Allah izinkan, pada 10/11 yang lepas, ana dengan sahabat, Alia Syahida join seminar, Bagaimana Menyentuh Hati? Seronok sangat! Pelbagai perkongsian daripada asatizah yang sangat berpengalaman. Alhamdulillah, banyak ilmu yang ana dapat :) untuk menyentuh hati ana dan juga orang-orang di sekeliling ana. Jazakallah khoiron kathiro kepada ayah ibu ana, sahabat ana dan ayah ibunya, may Allah bless ;)

Dear sahabat,
Ana dapat rasakan tamparan hati, tamparan iman kepada diri ana. Itu yang ana belajar :) Alhamdulillah, itu yang ana cari :) Namun, daripada tamparan itu ana perlu bangun, walau sakit, walau susah. Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis, bukan? Doakan ana ye!

Asif jiddan, mungkin setiap perkongsian ana membawa mesej yang sama...:) Sebab ana sendiri sedang mengesot, merangkak, bertatih pon belum dalam membina individu muslimah dalam diri ana. Lemahnya diri ini...


Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
KERJA kita BESAR ya asdiqa'i... Kita pikul AMANAH yang BESAR sebenarnya... Nampak berat ye, tapi inilah hakikat jalan dakwah dan tarbiyah :) 



Gambar di atas, membuatkan ana banyak muhasabah diri. Ana memang kesuntukan masa, tapi ana masih ada masa. Jadi, harapan itu masih ada :) Banyak yang perlu ana rancang dan perbaiki, bermula dengan diri ana sendiri. Insyaa Allah...

Semoga Allah redha,



Ulasan

  1. Perjalanan yg panjang, penuh dgn onak, duri serta halangan...teruskan usaha murni ini...'__________ .' ;)

    BalasPadam
  2. Insyaa Allah :) Takkan ku berpatah tp, pasti akan ku rebah dan tersilap langkah. Smoga Allah beri kekuatan untuk tsabat ;)

    BalasPadam
  3. teruskan menulis mujahidah kecil, semoga dapat menjadi aspirasi dan semangat bagi diri dan orang lain utk berubah :)

    BalasPadam
  4. insyaa Allah =) semoga kita istiqomah ye =D

    BalasPadam

Catat Ulasan