- Lap Habuk-


بسم الله الرحمن الرحيم

Subhanallah, Maha Suci Allah.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.
Allahu Akbar, Allah Maha Besar!

Mood; Lap Habuk (fuh...)

       Kaifa halukum? Alhamdulillah bikhoir? Insyaa Allah. Allahu akbar, suka rasanya dapat tulis di blog kesayangan nie =) 
       Namun, ana tak nafikan, kemahuan nak menulis tu ditarik-tarik oleh...oleh kebuntuan fikiran. Astaghfirullah Al-'Azim, ana rasa tak patut ana ada perasan camtu. Sepatutnya, setiap hari-hari yang kita lalui pasti ada ibrah untuk kita kongsi kan? Namun, ibrah atau hikmah itu sumenya hanya dapat dirasai oleh mereka yang berfikir, mereka yang muhasabah diri...
       Hari-hari yang dilalui tanpa muhasabah, tidak mampu melahirkan insan yang memperbaiki dirinya pada hari kemudiannya. Allah~ Astaghfirullah Al-'Azim.

       Subhanallah, banyak rasanya ana nak kongsikan. Banyak yang ana lalui, tapi yang paling penting banyak yang ana pelajari...hakikatnya, banyak mana yang ana aplikasi? (adoi! >_< )

Dear ikhwan wa akhowat fillah,
       Pada 10/9 yang lepas ayah dan ibu ana berangkat ke Haramain. Sebak dan sedih rasanya, tapi gembira sangat, sebab ayah dan ibu dah lama berhajat ke sana. Alhamdulillah, dengan kuotanya dikecilkan, Allah beri rezeki ayah ibu sebagai tetamu Allah. ~Labbaikallah humma labbaik~ Masuk hari nie, dah hampir 3 minggu ayah ibu di sana. Sekarang mereka di Mekah, alhamdulillah.

      Apakah rasanya ye? Menjadi tetamu Allah. Lihat Kaabah pon ana dah jadi sedih, sebak sekarang. Ana bertekad sangat nak ke sana juga. Sungguh hati ini kita yang jaga sendiri kan, tapi Allah yang pegang. Kita kena minta pada-Nya...

Mood; Lap habuk (fuh...uhuk,uhuk)

Sahabat-sahabat,
      Macam mana kita lalui kehidupan kita ye? Bangun pagi nye, ibadah nye, muamalat nye, belajar nye, what are we actually heading to? Ana sedar sendiri, dan ana tak nafikan sekarang rasanya bagaikan lemas dalam himpit dunia. Tapi bukannya dunia orang lain pun, dunia kita, dunia kita yang kita corak, dunia yang kita lalui. Macam manalah tu? Manusia, ana sendirilah...mana nak menyusahkan diri sendiri. Namun, apabila ambil mudah setiap perkara, ini yang menyesakkan.

      Inilah dia masalah. Masalah sendiri, masalah dunia...
Cinta kepada dunia, Al-wahnu. Banyak hak yang diberikan kepada dunia. Hak masa, komitmen dan sebagainya. Tidak pernah rasa susah pun untuk memberi kepada dunia. Akhirnya, kita takkan temui kepuasan. Terus mencari-cari nikmat dunia yang tidak pernah habis. Terus berusaha memenuhkan hati dengan indahnya nikmat dunia terus-menerus menurut utusan nafsu yang bermaharajalela. 

Rasulullah bersabda, “Nyaris orang-orang kafir menyerbu dan membinasakan kalian, seperti 

halnya orang-orang yang menyerbu makanan di atas piring.” Seseorang berkata, “Apakah 

karena sedikitnya kami waktu itu?” Beliau bersabda, “Bahkan kalian waktu itu banyak 

sekali, tetapi kamu seperti buih di atas air. Dan Allah mencabut rasa takut musuh-musuhmu 

terhadap kalian serta menjangkitkan di dalam hatimu penyakit wahn.” Seseorang 

bertanya, 

“Apakah wahn itu?” Beliau menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.” (HR. Ahmad, Al-

Baihaqi, Abu Dawud No. 3745)


Hakikatnya, ana sendiri seorang insan yang lemah. Seringkali alpa dalam menikmati nikmat, hak yang sepatutnya dizalimi tanpa endah. Jadi kita perlu mencegah =) Itulah yang lebih baik daripada merawat. Percayalah, walaupun untuk kita PENDOSA...harapan selalu ada.

"Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjalan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati." -IMAM GHAZALI-

Hayatilah ayat Al-Quran ini, Surah Al-Hadid;16


Belum tibakah masanya kita tunduk?
Sampai bilakah kita hendak mengabaikan-Nya?
Tidakkah kita terasa bahawa Allah memanggil kita?
Ingatlah...Jika taat itu pedih, maksiat itu lebih pedih~

Mood; Antivirus SHIELD!



Semoga Allah reda~
Hayya bina...ghayyar nafsak =)

Ulasan

  1. Perkongsian yg cukup mudah tp ikhlas in shaa Allah..terima kasih kerana bersihkan habuk dn mengetuk pintu kesedaran...

    BalasPadam

Catat Ulasan