Tarbiyyah Allah


بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Sesungguhnya dari Allah lah kita datang dan kepada Allah lah kita kembali =)
Jadi, tidakkah kita melihat dan berfikir?
Jika mulanya kita dari Allah dan akhirnya kita juga kepada Allah, maka perjalanan kita iaitu kehidupan ini juga adalah semata-mata kerana Allah...

Surah Al-Baqarah 2; Ayat 155-156


Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta dan jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (155)

Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata (Sesungguhnya  kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali) (156)

Sahabat dan sahibah yang saya kasihi kerana Allah,
Berdasarkan dua ayat daripada Surah Al-Baqarah di atas, apa yang saya ingin sampaikan adalah tentang UJIAN yang juga adalah TARBIYYAH ALLAH =)

So... let's make an equation 
                      NIKMATUJIAN = TARBIYYAH ALLAH

Di sini saya nak kongsikan apa yang telah saya lalui,
Moga sume dapat ibrahnya....especially saya....


- ini bukanlah keputusan sebenar -
Alhamdulillah, Allah berikan keputusan SPM yang sangat sangat sangat sangat baik kepada saya. When I got my SPM result, rasa macam nak always hold it tight, tak mau lepas. SUBHANALLAH! Saya dapat rasakan yang itu adalah rahmat, belas kasihan Allah pada saya dan orang sekeliling saya. Allah bagi yang sangat baik dan tak pernah terjangkau dek akal saya untuk dapat result sebagus itu... =)

MOOD = SMILE + TEETH

Jadi, langkah seterusnya adalah saya mohon sume yang ada...hu5! MARA, JPA, FELDA, Yayasan Khazanah,...etc. Debaran yang saya alami nak tunggu result scholarship nie lagi kencang dri mse tunggu result SPM dlu. Ini serious >_< ! Tak taulah, maybe saya je wat rasa camni =)

MOOD = NERVOUS 

Alhamdulillah, penantian berakhir dengan saya dapat pi interview JPA, layak wat test dri MARA and ada interview ngan UM for UPU. 

MOOD = EXCITED

Tapi, saya dapat rasakan pada saat ini, saya rasa jauh dengan Allah. Besides, hati saya dan seluruh jasad saya tak ada ketetapan pada apa yang saya akan pilih untuk masa depan saya. Saya rasa ada hijab yang menyebabkan saya tak terjangkau nak dapat petunjuk Allah, untuk pilih apa yang terbaik untuk saya.

MOOD = SMILE + LOST TRACK

Resultnya, sangat mengHAMPAkan saya dan orang sekeliling saya. None of them JPA or MARA yang saya qualified. My parents like staring and could not believe the fact. Saya sendiri apatah lagi...memang saya dapat rasakan betapa kecewa dan frust menonggeng jugak la. Sebab tak lama lepas interview sume, saya dapat rasakan yang saya nak sangat sangat tawaran medic dri MARA. 

MOOD = SAD + DISAPPOINTED

Walau saya akui saya mampu tersenyum tapi, sebenarnya hati saya menangis. Hati saya sentiasa hujan dengan hujan derita, hujan air mata. Ya Allah, tiada kata yang mampu ubat hati saya pada waktu itu selain pergantungan dan kepercayaan saya dengan janji Allah. Allah bukannya bagi apa yang kita mahukan tetap apa yang terbaik untuk diri kita... itu yang saya percaya dan pegang...

MOOD = INSPIRED 

Dengan itu, kini saya meneruskan pengajian saya di Pusat Asasi Sains UM ( PASUM ). Apa yang saya nak cari, apa yang saya nak rasa, apa yang saya nak belajar, saya pasti akan kejar! Sebab saya tahu Allah tempatkan saya di sini pada waktu ini, dan inilah yang terbaik buat saya dan pasti ada hikmah-Nya. Allah nak saya belajar sesuatu =) Dan inilah dia cara TARBIYYAH ALLAH pada saya =)

       PASUM = TERBAIK = HIKMAH = TARBIYYAH ALLAH

Mungkin sebab saya nie selalu ulang kesalahan yang sama, susah nak istiqomah, susah nak sedar, susah nak belajar supaya sentiasa dekat dengan Allah. Jadi, pada saat ini saya mampu mengucapkan ALHAMDULILLAH =) tanda syukur kepada Allah atas TARBIYYAH dari-Nya. Allah Maha Tahu, inilah saja cara untuk ketuk kembali hati saya. 

MOOD = SMILE + TEETH ke EARS

Walau keputusan SPM saya nampak mahal kerana pencapaiannya, tapi Allah tak menjanjikan adanya pembeli besar untuk membeli keputusan saya. Itu menjadikan saya belajar untuk tidak bergantung kepada cemerlangnya keputusan semata-mata. Walau Allah tak bagi apa yang saya nak saya berada, tapi di sini Allah sediakan Taman-taman Syurga untuk saya. Tempat di mana naungan Allah sentiasa ada, tempat untuk saya terus dengan TARBIYYAH ini.



Semoga Allah redha =)



Ulasan

Catat Ulasan