‌Sharing....Revolusi Syria


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, pd 6 Disember, hari Selasa yg lepas, wakil KSA telah sempat hadir mendengar Perkongsian Antarabangsa mengenai Revolusi Syria, di Dewan Banquet UPM. Penyampai perkongsian tersebut ialah Al-Syeikh Dr. Khaled Hasan Hindawi, yang merupakan pembantu khas kepada Al-Syeikh Dr. Yusof Al-Qaradawi. Al-Syeikh Dr Khaled berasal daripada Syria, namun kini menetap di Qatar. Beliau melawat ke Indonesia dan Malaysia, serta bertemu wakil-wakil kerajaan kedua-dua negara dan rakyat umum, dalam misi menerangkan situasi sebenar Revolusi Syria.

Kini Revolusi di Syria telah masuk 8 bulan dan keadaan sebenar disana adalah sgt dahsyat. Rakyat dibunuh, diseksa, para wanita diperkosa, dan pelbagai lagi kekejaman yg dilakukan oleh rejim Bashar Al-Asaad terhadap rakyat Syria sendiri.

Latarbelakang Syria
- Syria diperintah oleh golongan syiah yg sesat
- Komponen rakyat Syria: 6% syiah, 10% kristian, 84% Islam
- Syria merdeka drp Perancis pd tahun 1945
- Pada 1971, Hafiz Al-Asaad menjadi Presiden Syria selama sekitar 30 tahun
- Kini anaknya, Bashar Al-Asaad menjadi Presiden Syria setelah kematian bapanya, Hafiz

Asaad & Israel
Asaad mendakwa negara Syria benteng yang berdepan dengan Israel – satu pembohngan kerana tak pernah sebiji peluru pun ditembakkan ke arah Israel, Bukit Golan yg dirampas israel drp Syria masih menjadi milik Israel; malahan pihak tentera rejim Asaad memilih utk membunuh penduduk Syria yg tinggal 6 km drp sempadan israel, berbanding membunuh tentera israel di sempadan
- Bashar Asaad dan saudara perempuannya Bushra menghubungi Netanyahu yang menyatakan bahawa Bashar tetap pemimpin yang menjaga maslahah Israel

Punca Revolusi Syria
- 28 orang murid sekolah rendah yang bermain2 telah menulis protes di papan dinding yg mengutuk rejim Bashar. Kanak2 ini kemudiannya telah ditangkap – seorang dibunuh dan selainnya diseksa, dengan cara mencabut kuku2 tangan dan kuku2 kaki mereka
- Apabila para bapa mahu mengambil anak2 mereka, para penyiksa mengatakan bahawa “biar kami bersama wanita kamu supaya dapat anak baru!”(memperkosa isteri2 mereka supaya melahirkan anak baru)
- Perkara ini merupakan sesuatu yg sangat menghinakan!!
- Perkara ini telah mencetuskan Revolusi Syria

Rakyat Syria Bangkit!
- 15 Mac 2011 bermula pemberontakan besar-besaran hingga kini
- 157 tempat memberontak (hancurkan patung Asad); Jumaat 2 Disember yang lepas 3 juta rakyat memberontak
- Pada mulanya Asad menggunakan senjata sementara rakyat tidak menggunakan senjata
- Damsyik dan Haleb pun sudah mula bangun
- Sebuah kampung 6 km dari Golan diserang, tapi Asad tidak pula menyerang Israel yg merampas Bukit Golan itu
- Kini 29,000 orang tentera telah berpaling tadah meninggalkan rejim dan berpihak kpd rakyat Syria. Mereka berkawal melindungi rakyat Syria

Kekejaman pihak rejim
- Kini sudah 10,000 syahid (termasuk budak Kristian yang mati), ada juga puak Druz bersama-sama pemberontak
- 39,000 rakyat telah cedera
- Sekitar 100,000 dipenjara dan diseksa, mata dicungkil, lidah dipotong, 413 syahid setelah diseksa
- 400 kanak-kanak syahid
- Wanita diperkosa depan suami
- Dalam satu kejadian, hospital diserang menyebabkan 19 doktor dibunuh, dan 40 orang pesakit dibunuh
- Zainab al-Husni berusia 23 tahun cuba diperkosa oleh tentera. Namun beliau melawan – beliau diseksa dan terus anggota badannya dipotong 4 kerat, kemudian dilemparkan ke depan keluarganya
- Umm ‘Abdillah diperkosa oleh lima orang tentera, mereka mengatakan bahawa anaknya bukan Abdullah tapi ‘Abdu Bashar, ‘Abdu Maher (saudara Bashar Asad)
- Pemberontak yang ditangkap dipaksa menukar syahadah kepada lailahaillabashar (kelihatan jelas dalam video yang dikongsikan)
- Kapal terbang, 400 kereta kebal digunakan untuk menyerang rakyat dan 21 masjid serta 4 gereja telah dimusnahkan
- Kini seramai 16 000 orang pelarian rakyat Syria berada di sempadan Turki


Itulah serba sedikit info/maklumat yg benar yg KSA dapat kongsikan kpd Sahabat Aqsa dan para pelawat sekalian. Pihak KSA harap agar Sahabat Aqsa/pelawat/pembaca dapat 'share' info ini kpd rakan2 yg lain.
Marilah kita banyakkan berdoa kpd Allah swt agar membantu dan melindungi rakyat Syria yg dalam kesusahan.

Boleh juga lihat di link ini.

Ulasan

  1. Assalamualaikum

    Apa pendapat kamu tentang regime saudi?

    BalasPadam

Catat Ulasan