Kisah Ayat Kursi


بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum....=) Insya Allah esok saya nak balek asrama dah....
Asif sangat dah abaikan tanggungjawab yang sendiri mau pikul ni 
(wat blog tp maleh nak update ==')
~Astaghfirullahal'azim~

Di sini saya ada sedikit perkongsian...
About "Ayatul Kursi"
saya dengar cerita nieh dari Tanyalah Ustaz TV9


Ceritanya bermula dengan tanggungjawab yang diamanahkan Rasulullah SAW kepada Abu Hurairah ra. Iaitu? beliau diamanahkan untuk menjaga gedung harta zakat...
Rasulullah SAW sangat mempercayai beliau untuk memegang amanah itu.


Sehinggalah pada suatu hari,
di mana Abu Hurairah mendapati ada barang yang hilang setelah dibuat semakan...
Kemudian, beliau bertekad untuk mencari siapakah pencuri tersebut.
Jadi, beliau pun menunggu dan memerhatikan gedung itu pada hari2 yg berikutnya.
Dan, akhirnya pencuri itu dapat ditangkap.


Pencuri itu adalah sejenis makhluk kecil (bak kata org2 zaman moden ni, toyol)
Lalu ditanyalah kepada makhluk tersebut, gerangan apakah kamu mencuri? -.-
Makhluk itu menjawab bahawa dia sangat lapar kerana dah berhari-hari tidak makan.
Jadi, kerana kasihan...Abu Hurairah pun membebaskan makhluk itu dengan peringatan supaya tidak melakukannya lagi.


Namun begitu, buat kedua kalinya, harta zakat tersebut didapati hilang.
Operasi yang sama telah dijalankan Abu Hurairah dan
pencurinya merupakan makhluk kecil itu juga... lalu ditanya 
mengapa masih mencuri harta zakat?
Makhluk kecil itu menjawab, "Isteriku serta anak-anakku sedang kebuluran."
Maka sekali lagi, 
makhluk kecil itu dilepaskan setelah diperingatkan untuk tidak mencuri lagi.


Setelah 3 kali berturut-turut harta zakat kurang bilangannya, 
Abu Hurairah tidak berdiam diri...
Malangnya, makhluk kecil itu juga yang mencuri buat kali ketiga...
Berkatalah Abu Hurairah kepadanya,
" Kali ini aku akan membawa kamu berjumpa Rasulullah!"
Maka bergetarlah seluruh badan makhluk itu...
dia sangat takut untuk dibawa berjumpa Rasulullah. 


Lalu berkatalah makhluk kecil itu," Aku tidak mahu dibawa berjumpa Baginda. Aku takut...Aku berjanji tidak akan mencuri lagi. Bacalah ayat kursi, nescaya aku tidak akan mengganggumu dari malam hinggalah keesokkan pagimu."


~Menurut cerita tersebut, dari situlah hikmahnya Ayat Kursi itu sebagai pelindung kepada hambaNya...InsyaAllah, marilah bersama kita amalkan baca Ayat Kursi, mohon perlindungan dari Illahi =)

---Wallahu'alam---

Ulasan