---Apakah erti solehah pada kita? ---

 
بسم الله الرحمن الرحيم
 
Assalamualaikum...moga kita sentiasa dilimpahi dengan rahmat daripadaNya
~InsyaAllah~
 
Nak tak jadi muslimah yang solehah, mukminah?
Siapa yang akan jawab tidak kan?
Saya sendiri pun nak...
Ibaratnya, sebenarnya wanita sangat sukakan pujian...tapi, sering menolak pujian!
 
Memang pelik...tapi, hati over the moon bila dengar pujian ke atas diri...
Namun begitu, Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin.
~Segala pujian hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam~
 
Jadi, berbalik kepada tajuk...
Tak ramai,
Muslimah yang cukup kuat untuk menjadikan pengetahuan itu suatu amalan
Tak ramai,
Muslimah yang sebenarnya mencari hikmah dirinya diciptakan Tuhan
Tak ramai,
Muslimah yang cuba mendalami apakah erti suatu keimanan
Namun ramai,
Muslimah yang bercakap tapi tidak amalkan
Muslimah yang menyeru tapi terkapai-kapai
Muslimah yang hanya pada semangat tapi bukan pengetahuan...
 
Sejauh manakah kita sebenarnya,
mungkin hanya satu inci dari alam dunia
sedangkan dah bertahun kita cuba mengejar alam sana

Memahami bukan setakat mengetahui
Tapi memahami itu mampu membuka segenap pintu di hati
Memahami bukan setakat mendalami
Tapi mestilah cukup untuk melonjak tarbiyah diri
Memahami bukan setakat mempersoalkan
Tapi hendaklah mencoret sebuah kesan
Memahami bukan semudah yang kita sangka

Kerana...
Hanya dengan memahami,
We can understand and practice...
And of course,
Islam can be our way of life... 

~Suatu yang sangat terkesan, apabila saya mendengar luahan Solehah Wan Nur Mazuani
Mari sama2 kita saksikan =) APA ERTI SOLEHAH PADA KITA?


 
 

Ulasan