Muhasabah Nafsi-Aduhai Puteriku Sayang...~



 بسم الله الرحمن الرحيم


      Insya-Allah, kali ini ada sedikit perkongsian lagu dari Hijjaz~ Puteriku Sayang... First of all, lagu nie saya tujukan khas buat semua kaum Hawa... Moga bisa jadi nasihat dan pedoman buat nafsi dan antum..Insya-Allah! Bersama kita hayati dan dapatkan inputnya!

Maudhu'; PUTERIKU SAYANG ~ HIJJAZ


Aduhai Puteriku Sayang....
Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan 
Bukan juga kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati



Di sebalik bersih wajahmu
Di sebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati 
Yang takut pada Illahi
Berpegang pada janji...
Mengabdikan diri!



Aduhai Puteriku Sayang,
Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri pergi menyerah diri


Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan juga dari dibinasakannya
Wahai Puteriku sayang...
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya...


Aduhai Puteriku Sayang,
Kau bunga kebanggaan....
Aduhai Puteriku Sayang,
Kau bunga idaman....


Apa istimewanya lagu ini?

         Actually, jujur saya bicarakan...masa mula2 dengar lagu ni...bile berulang-kali dengar, rasa semakin lama semakin boring, dek rentaknya. Then, masa Kem Maharani... sekali lagi saya dengarkan lagu ni. Tapi, dalam version lain. HA! Saya nyanyi dalam version, "Aduhai Diriku Sayang!"...

          Subhanallah~ masa tu barulah segala mesej dari lagu ni meresap ke dalam hati and melekat. After that, rasa seronok sekali dengar lagu ni... Seperti dinyanyikan dengan bersungguh-sungguh kerana munsyid berusaha menyampaikan pesanan buat Kaum Hawa!


What the message?

          Lagu ni seperti nyanyian daripada si ayah buat anak perempuannya ( puteriku sayang ).
So, apa yang ayah ingatkan buat anak2 perempuannya?;

* Lembutnya si puteri bukanlah suatu kelemahan, sebaliknya Allah sudah siapkan
kelebihan dalam kelembutan...
sebagai pengubat kekerasan, itulah kelembutan
sebagai sayap kiri pelengkap suami, itulah kelembutan si puteri!

* Tersembunyi pula keindahan dalam seribu tabir yang menutupi si puteri,
hati yang suci diserahkan sepenuhnya untuk Illahi...
rahsia agung yang perlu dijaga rapi daripada dikotori!

* Sifat pemalu si puteri pula diibaratkan seperti mahkota 
yang tidak perlukan sebarang singgahsana....SUBHANALLAH!
Sehingga itu, ia masih bisa menjaga maruah dan diri si puteri...
peliharalah dirimu dengan sifat pemalu yang disaluti kemanisan iman...
Malu itu mestilah disaluti dengan iman...jika tidak, tidak lengkap!



* Benteng bagi agama si puteri adalah ketegasan...
Bagaimana tegasnya dia menjaga agamanya, mendidik dirinya
menjadikan si puteri bunga yang sentiasa terpelihara!


* Wahai puteriku, wanita itu mudah memasuki syurga
dan juga mudah dijerumuskan terus ke neraka...NA'UZUBILLAH
jadi pastikan tempatmu, wahai puteriku, di JANNATUL 'ALA!


* Engkaulah bunga...kebanggaan keluarga
Engkaulah bunga...idaman agama!



Ibrah buat Muhasabah Anfusina!

           Bagi Kaum Hawa, cuba antunna 'imagine'... betapa sarat nasihat yang cuba disampaikan untuk kita. Takkan kita ingin terus begini? Jika kita berhijrah, apalah salahnya! Jadikan lagu ini sebagai hasil perubahan... 

            Sudah disediakan jalan, cuma diperlukan keputusan. Tepuk dada...tanya iman! Sesekali, tukarkan Puteriku Sayang dengan Diriku Sayang, letak tangan di hati dan cuba hayati! SUBHANALLAH...dapat kita rasakan betapa seronok dan melonjak hati ini!
           Insya-Allah...Antunna adalah BUNGA KEBANGGAAN dan BUNGA IDAMAN!

          Buat semua pembaca, tidak kiralah anda Hawa atau tidak...semoga pengisian yang tersurat dan tersirat di sebalik lagu ini dapat dijadikan input berguna! Insya-Allah...


Sangat ingin menjadi puteri 
yang disayangi...
Bukankah begitu?
Hayya!


Ulasan