Lilin Seorang Guru ---In Team---


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warah matullah wa barakatuh dan Salam Sejahtera...

Di sini saya ingin berkongsi sebuah lagu yang ditujukan khas buat semua guru yang pernah mengajar saya serta semua guru yang saya kenali...

Sejak saya kecik lagi, hinggalah dah beso sekarang ni...Alhamdulillah sehingga sekarang 
ilmu yang dicurahkan guru-guru sangat saya hargai!
Mintak maaf cikgu, atas segala kesilapan yang telah saya lakukan kepada semua cikgu!

Lagu Lilin Seorang Guru ini khas dan ikhlas saya tujukan buat semua guru...Insya-Allah bersamalah dihayati lirik di sebalik maksud yang tersurat dan tersirat...

Saya harap, semua cikgu menghalalkan semua ilmu yang telah cikgu berikan
semoga  diberkati dan diredhai sepanjang perjalanan dan perjuangan cikgu...
Doakan kejayaan saya di dunia dan di akhirat!

~Hayatilah lagu ini~

Inteam-Lilin Seorang Guru

Pernah Langkahku Payah
Menuju Ke Destinasi
Kerana Malam Gelap
dan Bintang Hilang Kerdipnya

Menjadikan Arahku Keliru
Ke Timur Atau Ke Barat
Bagai Lilin Membakar Diri
Menerangi Kegelapan Hati

Kau Curahkan Bakti dan Budi
Jasamu Tiada Berganti
Namun Tanpa Rasa Payah
Dia Memimpin Tanganku

Melangkah Satu Persatu
dan Mencipta Jejak Impian
Menjadikan Arahku Jelas
aku Harus Ke Hadapan

Ohoo
aku Kini Rindu
Pada Satu Nama Yang Berjasa
Tuhan
Beri Kekuatan
Untuk Mendidikku Selamanya
ku Pohon Restu Kasihmu
Ampunkanlah Guru-guruku

Semalam ku Lihat Dia
Di Bibirnya Ada Kalimah
Yang Bergetar Saban Waktu

Sambil Tangan Menggenggam Lilin
Lilin Yang Tiada Terpadam
Menerangi Hidupku Kini

~ Syukron 'Ala Everything cikgu...~
----Kalau nak tau; Ibu saya pon pernah jadik cikgu saya 
masa kat sekolah rendah..huhuhu


Ulasan

  1. Seronok jadi cikgu.
    Doa murid sentiasa bersama.
    Barangkali itulah barakah kerjaya yang mulia itu.

    BalasPadam
  2. Cikgu adalah satu perkerjaan yang mulia
    Begitu juga untuk pendidik
    Ilmu yang dicurahkan, sekiranya terus disampaikan oleh murid kepada rakan mereka...pahalanya tetap akan kita terima!
    Itulah hikmahnya memberi..!

    BalasPadam

Catat Ulasan