~Harumnya Kalam-Mu, Ya Tuhan!~


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...salam ukhuwwah dan mahabbah buat semua...


Dalam cuti sekolah ni dah habis baca 2 novel...

dah lama dah habis baca sebenarnya...

Sejak dah habis baca novel tu, rasa macam dah takde benda yang nak dibaca, rasa bosan jugak...itupun, Alhamdulillah..nasib baik parents saya hantar pergi Kelas Tahfiz setiap pagi...
so, takdelah tak terisi sangat cuti sekolah ni...

So, mulalah mencari-cari buku yang boleh dan menarik untuk dibaca...novel2 lain yang ada langsung tidak menyuntik semangat dan minat...
Kalau dah tak minat nak baca tuh, selak2 jelah buku2 tu..huhuhu..kesian buku!
Tetibe, terjumpa satu majalah nie...~WAH!~ itulah perkataan yang mula2 muncul!
Tak sangka majalah ni ada dalam rumah nie...!




Kisah Umar Memeluk Islam

         Suatu haru, Umar telah berbincang dengan ahli kabinet serta ketua-ketua puak Quraish tentang dakwah yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Umar kemudiannya menjadi sangat marah dan mendakwa bahawa Rasulullah SAW membawa perpecahan dalam kalangan masyarakat kafir Quraish. 
          Dek perasaan marah yang meluap-luap, Umar bangun daripada halaqah tersebut dan menuju ke rumah Al-Arqam bin Abi Al- Arqam dengan niat untuk membunuh Rasulullah SAW. Dalam perjalanannya, Umar Al-Khattab bertembung dengan seorang lelaki Bani Zuhrah...berlakulah hiwar baina huma....

Lelaki: Ke mana engkau hendak pergi wahai Umar? Aku lihat engkau 
begitu marah sekali!
Umar: Aku hendak pergi membunuh Muhammad!
Lelaki: Bagaimana kamu hendak membunuh Muhammad, sedangkan adikmu, Fatimah dan suaminya, Sa'id pun sudah mengikuti agama Muhammad?
Umar: Betulkah kata-katamu itu?
Lelaki: Betul dan aku tidak berbohong!
Umar: Kalau benar mereka mengikuti agama Muhammad, aku akan bunuh mereka dengan cara yang kejam!

Perjuangan mujahid menuju syahid!

        Umar beralih arah ke rumah adiknya, Fatimah dengan perasaan yang sangat marah. Dia bertekad membunuh Fatimah dan suaminya dahulu jika benarlah kata2 lelaki itu.
       Usai sampai di Bait Fatimah, dia mendapati pintu rumah terkuak sedikit dan dia terus meluru masuk...Tetiba, dia terdengar gemersik suara membacakan ayat2 yang langsung tidak difahaminya.
        Padahal, itu adalah bacaan Khabbab yang sedang mengajar Fatimah serta Sa'id mengaji. Khabbab yang tersedar kehadiran Umar terus bersembunyi. Umar pula menemui Fatimah dan Sa'id lalu bertanya, "Apakah ayat yang aku dengar tadi?"



         Fatimah mengambil lembaran Al-Quran dan menyatakan kepada Umar bahawa tiada apa yang didengarinya sebentar tadi. "Aku mendengar bahawa kamu telah mengikut agama Muhammad!" bentak Umar. Lalu Umar menampar Sa'id sekuat hati sehingga mengalir darah dari muka Sa'id. Fatimah yang ingin mempertahankan suaminya turut ditampar Umar.

          Peristiwa itu telah menguji keimanan mereka, lantas Sa'id bingkas bangun dan mereka bertegas, "Ya, kami telah memeluk Islam dan kami juga telah beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Oleh itu, buatlah apa sahaja yang kamu suka terhadap kami!" Mereka menyatakan penegasan tersebut tanda keimanan tanpa sebarang rasa takut dan ragu. Perbuatan mereka memberi kesan di hati Umar.
         Lalu berkata Umar kepada Fatimah," Berikan kepadaku helaian yang aku dengar tadi yang dibawa oleh Muhammad itu." katanya dengan sedikit lembut. Fatimah membalas, "Aku bimbang sekiranya kau melakukan sesuatu yang tidak baik." Jawab Umar," Aku takkan melakukan sesuatu yang tidak baik."

         Dengan kepercayaan kepada abangnya, Fatimah lalu menyerahkan lembaran Al-Quran setelah meminta Umar untuk mandi dan membersihkan diri terlebih dahulu. Umar membaca ayat-ayat dari Surah TaHa; (ayat 1-5)

"Taa Haa. 
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. 
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang yang takut melanggar perintah tuhan. 
(Al-Quran) diturunkan daripada (Tuhan) yang menciptakan bumu dan langit yang tinggi.
Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy."

    Usai membaca, terpegun Umar dengan betapa cantik dan mulianya Kalam Allah itu. Mendengar kata-kata Umar, Khabbab keluar dari tempat persembunyiannya dan mengucapkan tahniah kepada Umar. Khabbab lantas memberitahu kepada Umar bahawa Rasulullah SAW pernah berdoa memohon kepada Allah agar dibuka pintu hidayah pada salah seorang daripada dua orang Umar.



      Maka bertambah tertariklah Umar dengan Islam dan dia meminta agar Khabbab berjumpa Rasulullah SAW dan menyatakan keislamannya.
        
Ibrah from the sto0ry...

       - Kalamullah boleh melembutkan hati serta mententeramkan jiwa kerana dengan membacanya, kita mengingati Allah

Walaupun pada asalnya Umar ingin membunuh Rasulullah, hatinya yang keras dan marah ketika itu terus terpikat dengan bacaan Al-Quran dan menarik Umar memeluk Islam!

- Istiqamah dalam membaca Al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya umpama sebuah bekas minyak wangi yang dipenuhi kasturi dan baunya dihidu di setiap tempat.

Sabda Nabi SAW, Riwayat al-Tirmizi yang bermaksud;
" Belajarlah Al-Quran serta bacalah kerana perumpamaan Al-Quran bagi orang yang mahu belajar, membaca dan melaksanakannya adalah seperti satu bekas yang dipenuhi dengan wangian kasturi yang baunya menyebar pada setiap tempat. Dan perumpamaan orang yang mahu mempelajarinya dan ia lupa (mengamalkannya), maka di hatinya seperti ada satu bekas wangian kasturi yang masih tertutup."

- Kita hendaklah sentiasa berani dalam menegakkan agama dan pendirian, yakin dan percaya...

Fatimah dan Sa'id tidak gentar dan bertegas dalam
 menegakkan agama mereka walaupun Umar, 
abang Fatimah merupakan seorang pemimpin Quraish yang 
sangat bengis dan berkuasa!
        

Perkongsian buat semua,
Selamat membaca,
Jangan sampai sakit mata,
Happy reading! InsyaAllah!


Ulasan