---A Better Tomorrow---


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum....Alhamdulillah, dah masuk 1432 Hijriah
Harapnya, tidak terlambat lah saya nak mengucapkan Selamat Tahun Baru Islam...

Kalau tahun dah berhijrah..jadi kita nie bagaimana pula ye?
Insya-Allah..bersama-samalah kita memasang tekad bagi menjadi yang terbaik...

          Pernahkah kita tertanya-tanya..." Sebenarnya, kita ni nak hidup cam mane ek? "
 Tanpa kita sedari, persoalah sebegini akan timbul kerana;
  • Kurang penghayatan dalam hidup ( hidup tak de pengisian )
  • Tiada matlamat yang ingin dicapai ( didn't set ur goal!)
  • Bosan melalui hidup ( didn't do anything new )
         Mungkin ada banyak lagi asbab yang boleh disenaraikan...tapi, saya rasa ini adalah sebab2 utama..insyaAllah! 
 
Kurang Penghayatan Dalam Hidup
 
           Bagaimana yang dikatakan kurang penghayatan dalam hidup? Iaitu apabila kadang2 kita rasa macam..."I can't feel my self"...."It's better died instead leave in this world".....
Kenapa kita cakap macam nie? Padahal bukankah masa di dunia ini hendaklah dimanfaatkan semaksimum yang boleh untuk menyediakan bekalan bagi kehidupan yang abadi...di akhirat kelak...
           Berkata tentang persediaan di dunia...jika kita singkap semula, sepatutnya persediaan bagi yang abadi itu hendaklah lebih lengkap dan padat jika dibandingkan dengan persediaan bagi kehidupan yang sementara...
 
~Beribadahlah seperti kamu akan mati esok hari 
dan beramallah seperti kamu akan hidup selamanya di dunia ini~
 
       Kata-kata hikmah di atas boleh dijadikan pegangan bagi mereka yang masih lagi terkapai-kapai...insyaAllah! 
 
        Tahukah anda...statistik pernah menyatakan bahawa...orang bukan Islam lebih tinggi bilangan yang membunuh diri jika dibandingkan dengan orang Islam...Jadi, Bersyukurlah! Sungguh murni dan teratur perjalanan hidup yang telah disediakan Allah! Percayalah, pintu taubat Allah sentiasa terbuka buat hamba-Nya...Kelak jika anda bertemu hidayah dan dianugerahkan untuk memilikinya...janganlah berpaling dari jalan yang sedang anda lalui...
 
SOLUSI;
  1. Jika merasakan hati kosong, carilah kebaikan untuk memenuhi hatimu!Kelak sekiranya sekali kejahatan dilakukan...hendak kembali sangatlah payah. Malahan, walaupun keseronokan melakukan kejahatan akan hilang, namun, dosanya akan kekal! Jagalah hatimu...Bersihkan dan sentiasa memotivasikan dirimu!
~ di dalam badan manusia ada satu daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh anggotanya, jika buruk daging itu maka buruklah seluruh anggotanya...
dan ketahuilah bahawa daging itu adalah hati!~


      2.    Belajarlah untuk menghayati segala apa yang diciptakan! Sentiasa berfikir kerana itu akan membantu kita untuk berzikir serta memahami hikmah di sebalik terciptanya sesuatu!
 
Tiada Matlamat Untuk Dicapai
 
          Hidup sentiasa ada perkara yang patut dicapai...Ada dua tetapan...1) Misi, 2) Visi
Misi adalah satu rangkaan jangka pendek yang mahu dicapai dan Visi pula sesuatu yang sangat besar matlamtnya dan lebih banyak usaha yang diperlukan untuk mencapainya...
 
         Melihat seorang tokoh Islam yang tidak asing lagi, Sultan Muhammad Al-Fateh...
Setiap pagi, dia sentiasa menanamkan tekad dan berazam untuk mencapai Visi dalam hidupnya..iaitu membebaskan Kota Constantinople! Lihatlah! Itulah matlamat yang digariskan...Maka setiap malam sepanjang dua tahun, beliau mengkaji pelan kota tersebut dan mengenal pasti kelemahannya...Akhirnya, tercapailah kejayaan yang sangat gemilang!
 
         Itulah yang dikatakan matlamat. Kadang-kala matlamat boleh jadi sesuatu yang dipandang mustahil sedangkan tidak apa yang menghalangnya melainkan diri kita sendiri...Janganlah meletakkan matlamat yang terlalu rendah sebaliknya, percayakan diri anda! Berusahalah untuk mencapainya...FIKIRKAN! ~kalau dia bisa mengapa aku tidak?~
SEDIH...apabila masyarakat Islam terus kecundang tanpa melihat matlamat yg sepatutnya kita capai! Jannatul A'la! Syurga..tempat nikmat yang abadi...itulah matlamat sebenar!
Tanpa disedari, dalam kita berusaha mengejar amalan bagi memenuhi matlamat hakiki...kenikmatan dunia dapat digondol bersama...
~ketahuilah bahawa, Islam itu adalah kontemporari...tidak pernah sesiapa yg bersama 
Islam ketinggalan melainkan bisikan pincang dari mereka yang tidak mengamalkan!~
---ISLAM IS A WAY OF LIFE---
SOLUSI;
  1. Tetapkanlah matlamatmu...ingatlah masa tidak pernah memandang kita! Tetapkan sekarang...dan setiap hari. Kemudian, berusahalah untuk mencapainya!
  2. Dunia hanyalah persinggahan dan merupakan syurga bagi Kafirun dan Penjara bagi Mukminun!
 
Bosan Melalui Hidup!
 
          Pada pendapat saya, dunia sekarang adalah seperti sesuatu yang tidak meletakkan diri pada tempatnya...Contohnya, sikap berani yang tidak digunakan untuk kebaikan sejagat yang akhirnya memakan diri sendiri...

         Kadang2 rasa marah dan menyampah! Pada diri sendiri terutamanya! Kenapa sikap2 positif tidak digunakan untuk membangunkan diri...??? 
        Tak suka jugak kalau ada orang yang kata bosan padahal dia langsung tidak menghargai usaha orang lain...

~Ingatlah hidup ini umpama roda..tak mustahil apa yang anda pernah lakukan
akan terkena batang hidung anda suatu hari nanti~
       Bila difikirkan semula, tiada makna bosan dalam hidup...kerana diri ini dirasakan seperti tidak pernah cukup untuk sentiasa memiliki...Bukan sahaja dari segi zahir malahan juga batin...Setiap perkara yang datang hendaklah dianggap sebagai cabaran dan pengalaman mematangkan kehidupan! Jangan sesekali lari! Jika kita lari, kita yang rugi kerana tiada kesempatan untuk merasai..

       Setiap saat dan detik digunakan sebaiknya untuk mengkaji dan berfikir! Zikrullah! Itulah yang utama...dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang dan ketenangan itu adalah sebenarnya perasaan yang akan memenuhi hati dan menhindarkan perasaan bosan! 
~---try it if u don't believe it---~
 
Akhirul kalam, sebagai seorang mukmin..cara hidup yang paling diredhai dan the best ialah..sentiasa menjadikan hari ini merupakan hari yang lebih baik dari semalam dan esok lebih baik daripada hari ini...berusahalah ke arah kebaikan!
 
Semoga Tahun Baru Hijrah kali ini dan akan datang sentiasa menjanjikan keberkatan daripada-Nya dan kita sentiasa berusaha memperbaiki diri!  

---lagu dari kumpulan unique-menuju wawasan---
(lagu yang sangat best dan penuh dengan motivasi hidup)
 
CLICK HERE

Salam Tahun Baru...
1432 Hijriah!
   

Ulasan