---Apakah erti Pengorbanan Apabila Akhirnya...~


بسم الله الرحمن الرحيم

سلام أخوة و محبة في الله عليكم
الحمدلله وشكرلله على نعمته وهداية و مغفرة و رحمته
سبحن الله والحمدلله ولا اله الا هو


Alhamdulillah, sekali lagi hari ini...Allah kurniakan nikmat buat saya dan semua hamba-Nya!
Namun begitu, rasa macam...umur semakin meningkat namun amalan pula sebaliknya!


~Rugilah bagi insan yang setiap hari, tatkala umurnya semakin bertambah...
namun ilmu di dada tidak bertambah...
tiada bertambahlah dia di sisi Allah, selain bertambah JAUH!~


Sebenarnya, sekarang...apa yang dirasakan adalah gementar, nervous!
Fuh~itu jelah yang bisa terungkap!
Tanggal keramat semakin mendekati, dan bertambah gundahlah qolbi ini
....result PMR....
---tak lama lagi, result PMR nak kluar! Bismillahi Tawakkaltu A'lallah!---


InsyaAllah, post kali nie nak ceritakan pasal sabuah cerita Jepun...
( Rasanya, Jepun lah...klo tak pon, korea ke....he5!)
Tajuk cerita ni....One Litre of Tears...




Kalau nak cerita pasal filem2 anime ke..cerita korea ke...bukannya saya minat sangat pon
Biasalah...menjelajah, bila dah bosan...jumpa cerita best...melekat la ngan cerita tuh!
Masa first time tengok cerita ni, tak tengok sampai habis pon
Tapi, ada satu hari tu, kakak saya, pegi download whole episodes..
So, tengoklah cerita nieh sampai last episode die!


So far; komen about the st0ory...
~ Best! and Da Bomb!~


Sinopsis

          Kisah nie, sebenarnya...diapdaptasikan dari kisah sebenar kehidaupan seorang gadis yang bernama Ikeuchi Aya( dalam movie ) atau Kito Aya ( org sebenar )...Kito Aya telah menulis diari untuk mengingati setiap detik dalam hidupnya...Melalui diari yang ditulis, maka terhasillah kisah One Litre of Tears ini...



        
         Aya mempunyai sebuah keluarga yang sangat bahagia dan sederhana...Dia merupakan anak sulung dan mempunyai dua adik perempuan dan seorang adik lelaki. Ibunya merupakan seorang nutritionist dan ayahnya adalah penjual tauhu...mereka sekeluarga tinggal di rumah kedai...


        Aya; seorang gadis yang pandai dan aktif...Dia juga player Basketball di sekolahnya. Sebagai kakak sulung, dia sentiasa menunjukkan contoh yang terbaik untuk adik2 nya. Semasa berumur 15 tahun, dia telah disahkan menghidapi penyakit “Spinocerebellar Degeneration”. 

       Shioka, ibu Aya yang pada mulanya telah menyedari perkara pelik dalam kehidupan anaknya...Aya tidak boleh fokus pada sesuatu benda, gagal mengawal anggota badan sendiri...dan sebagainya! Perkara ini membawa Shioka menjalankan pemeriksaan ke atas Aya, dan SAH! Aya menghidapi "Spinocerebellar Degeneration".
       Shioka, naluri seorang ibu...mendorongnya berusaha dan terus berusaha, berjumpa pakar dan doktor2 yang mengkaji penyakit ini. Ini kerana, penyakit ini tiada penawarnya meskipun sudah lama dikaji oleh pakar2...Pada awalnya, Shioka enggan memberitahu Aya tentang penyakitnya walaupun doktor mendesak Shioka memberitahu Aya...
       Desakan doktor adalah kerana, pesakit tidak mempunyai masa yang lama untuk meneruskan kehidupan. Ditambah dengan penyakit Aya yang menular dengan pantas (Aya cepat hilang satu persatu keupayaannya;jalan, cakap, dll) Dengan rasa berat hati, Shioka memberitahu Aya dan keluarga mereka tentang penyakit Aya...


      
       Tidak disangka-sangka Aya telah terlebih dahulu mengetahui tentang penyakit yang dialaminya. Aya sangat sukar menerima kenyataan ini! Namun, semangatnya dan motivasi dirinya sendiri mendorong segala pengorbanan. Walaupun di akhirnya, dia tetap akan mati...segala apa yang ditulis dalam diarinya, menjadi pedoman buat semua hingga diadaptasi dalam sebuah filem!
        Sekalipun segala impian ditanam penyakitnya menghalang dia mencapai impian yang ingin dikecapi...Hikmahnya! Cubaan ini langsung tidak melemahkan semangatnya. Sebaliknya, kekurangannya mendorong dia turut sama membantu orang lain!


Ab0ut "Spinocerebellar Degeneration"

        Penyakit ini merupakan penyakit yang dialami pada spinal cord dan cerebellum yang merupakan bahagian utama urat saraf. Apabila bahagian saraf utama ini rosak, seluruh badan turut sama merosak. Perlahan-lahan, satu persatu anggota badan gagal berfungsi dan akhirnya, pesakit hanya akan mampu baring tanpa upaya melakukan apa2.

        Tanda-tanda penyakit;
- Tidak mampu mengawal gerakan badan
- Gagal fokus pada suatu benda

        As the result, the person who suffer this will;
- Difficulty in walking, writing, eating and almost in all daily activities

         Walaupun penyakit ini boleh dilambatkan kesannya ke atas pesakit, namun, pada akhirnya, pesakit tetap akan menemui kematian. Meskipun proses yang dialami pesakit perlahan, tetapi, setiap kehilangan keupayaan sangat mendatangkan kesengsaraan dan penderitaan.
           Dan, sehingga kini, penyakit “Spinocerebellar Degeneration” ini, masih belum ditemui penawarnya!

Ketabahan Aya!

Aya, yang mengalami penyakit Spinocerebellar Degenaration
          
         Aya telah menderita penyakit ini selama 10 tahun iaitu sehingga dia berumur 25 tahun.  Meskipun itu merpakan tempoh yang lama, namun, dia lebuh cepat kehilangan keupayaan berbanding pesakit2 sebelumnya. Berbagai derita yang telah ditelan sepanjang tempoh tersebut. Segalanya, dicatat dalam diarinya...Dalam tempoh menderita yang lebih panjang itu, tiada apa yang boleh membantunya melainkan sentiasa berfikiran positif dan terus menulis dan menulis sehingga dia sudah tidak mampu menulis lagi!


       Penyakit ini menyebabkan Aya hilang upaya untuk berjalan, makan, berkata-kata dan sebagainya...Dan pada mulanya, dia hilang upaya untuk berjalan...

Pada awalnya, kawan2 Aya ringan tulang membantu Aya...
merekalah yang membantu Aya menaiki tangga dan mengangkat kerusi roda Aya...
Sehinggalah satu tahap di mana, mereka berfikir bahawa
 Aya sangat menyusahkan mereka; kecuali Haruto & Kawan rapat Aya...

      Walaupun, mereka berfikiran begitu, namun, perasaan tersebut langsung tidak diluahkan sehinggalah suatu hari....Aya terdengar semua yang mereka katakan...Tanpa diduga, akhirnya Aya terpaksa pindah ke sekolah Orang Kurang Upaya...
      Di sana, Aya selalu menulis sajak...semua sajaknya memberi motivasi kepada semua orang yang membaca! Itulah pengorbanan Aya! 


        Selagi boleh menulis, Aya akan terus...dan tetap menulis dan menulis....! Keadaan dan segala kekurangan yang dialaminya langsung tidak menghalang.
          Dia sentiasa bersemangat dan berusaha sedaya upaya...dia tidak terlalu mengharapkan orang lain, kudrat yang dikandung digagahi untuk mencapai impian dan matlamat....meski akhirnya, tiada yang dapat dielakkan kerana pasti nyawa Aya akan diambil juga!
        Sepanjang kehidupan Aya, ramai orang yang dikenalinya....mereka semua ditutup dengan motivasi dan ketabahan Aya di sebalik ketidakupayaan Aya...Walaupun sudah tiada...semangat dan keazamannya tetap di samping semua! Buku itulah salah satu bukti. Kisah Aya ini, mengajar kita menghargai setiap detik dalam kehidupan...

“Just being alive is such a lovely and wonderful thing.”


Ibrah fr0om the Sto0rie

           Kadang2, tidak dinafikan...saya sangat respect semangat dan disiplin orang2 Jepun. Memang tip top la diorang ni...Pegangan mereka, apa yang mereka percaya...diorang pegang dengan kesungguhan. Hingga sekarang ni pon, adat beratus2 tahun dahulu masih segar dan tak lapuk dek kemodenan yang juga tidak mereka tinggalkan...

         
           - Kata2 yang dilontarkan dari lidah itu tajamnya melebihi pedang. Tidak bisa berkata2, pena yang dilontarkan...namun, bisanya masih sengat di hati! 


Tanpa kita sedari, perkara ini boleh kita aplikasikan dalam perjalanan
dakwah seorang khalifah! Bukan bertujuan menikam hati mad'u, 
tetapi...cukuplah dapat menyuntik satu titik kesedaran
Malah, apa yang ditulis dan dibaca itu kesannya lebih mendalam dan menusuk
apatah lagi lebih mudah untuk diingati!~insyaAllah~

       - Jadilah qudwah hasanah, iaitu contoh yang baik kepada orang disekeliling kita! Akhlak baik ini bukan sahaja berguna buat diri, malah juga untuk tatapan qurratu a'yun buat semua...
Hikmah qudwah hasanah sangat jelas, malah pada zaman Rasulullah SAW...
ramai kafir quraish tertarik kepada Islam melalui akhlak Baginda!
Akhlak sebegini boleh diumpamakan seperti bekas wangian
yang tersebar keharumannya kepada mereka yang
menikmati kewangiannya!

        - Every breath is memories...macam mana nak ingat memori? Sudah ditunjukkan oleh Aya, dengan kita menulis... bukan sahaja dpat mengamati setiap apa yang berlaku, tetapi, kita juga boleh menjadikan semalam satu motivasi dan pengajaran dan esok boleh menjanjikan satu lembaran yang baru.


Setiap apa yang dicatat medorong kita untuk mengingat
Itu juga boleh menjadi satu refleksi untuk tidak lagi mengulangi kesilapan smalam!
~Umat Islam harus cemerlang, hari ini mesti lbih baik dri smalam!~


Happy reading!
Moga peroleh iktibar!
Doakan kejayaan saya...
PMR, 9A...Insya-Allah!



Ulasan