Cerita Pokok Epal...(",)

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal itu setiap hari. Dia memanjat, memakan buah, serta bermain bersama pokok epal itu sepuas-puasnya. Adakalanya dia terlelap dan berehat di perdu pokok epal itu. Pokok epal itu sangat menyayangi budak itu kerana dia selalu bermain dengannya.

Masa berlalu dan kini....

Budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidk lagi menghabiskan masanya bermain bersama pokok epal itu. Suatu hari, dia datang kepada pokok epal itu dengan wajah yang sedih. " marilah bermain denganku" ajak pokok epal itu." Aku bukan budak lagi, aku tidak suka bermain dengan kau"jawab budak remaja itu."Tapi, aku mahu membeli permainan. Aku perlukan wang. " tambah budak remaja itu.
Lalu pokok epal itu berkata," Kalau begitu, petiklah epal-epal ku dan jualkannya untuk mendapatkan wang." Budak remaja itu dengan gembira memetik epal itu dan pergi dari situ. Selepas itu, dia sudah tidak lagi kembali.

Masa terus berlalu...

Budak remaja itu telah dewasa. Suatu hari, dia kembali ke pokok epal itu. Pokok epal itu gembira. "marilah bermain denganku" ajak pokok epal itu. " Aku sudah tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. dan aku ingin membina rumah untuk keluargaku." balas orang dewasa itu." Maafkan aku, aku tiada rumah. Tetapi, kau boleh memotong dahan-dahan ku yang besar ini dan kau buatlah rumah" kata pokok epal itu.
Lalu orang dewasa itu pun memotong semua dahan pokok epal itu. Pokok epal itu tumpang gembira kemudian pokok epal itu berasa sedih kerana dia tidak kembali lagi.


 

Kemudian....

Pada suatu hari yang panas, budak remaja yang telah dewasa itu datang ke pokok epal itu. Sekali lagi pokok epal itu mengajak lelaki itu bermain bersamanya. Malangnya, lelaki itu telah menolak. Katanya, dia ingin belayar dan dia perlukan kapal layar. Kata pokok epal itu, " Kau boleh memotong batang ku ini untuk membuat kapal layar mu" Lelaki itu sangat gembira, dia menebang pokok itu dan pergi dari situ.







 
Hari bertambah..masa terus bergerak...

Suatu hari, datang seorang tua yang telah 
dimamah usia ke pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang dahulu selalu bermain dengan pokok epal itu. Pokok epal itu berkata,"Maafkan aku, aku sudah tiada apa-apa lagi untukmu. Sudah aku berikan kepadamu buahku, dahanku, batangku. Kini aku hanya tinggal tunggul dengan akar yang hampir mati."."Aku tidak mahu semua itu, sekarang aku sudah tua, aku tiada gigi untuk makan epalmu, aku tiada upaya untuk memotong dahanmu dan menebangmu. Aku juga tidak mampu belayar lagi. aku cuma mahu berehat." balas lelaki tua itu." Kalau begitu, sandarlah di tunggulku ini" 
Lalu lelaki itu pun bersandar di perdu pokok itu. Mereka berdua menangis kegembiraan.




Sebenarnya, pokok epal yang dimaksudkan ialah ibu bapa kita. Mereka tetap ingin membantu kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia. Anda mungkin berfikir lelaki itu kijam dan tidak berhati perut. Tetapi, fikirlah itulah hakihat kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita.

Ulasan