Jihad Fi Sabilillah....

Alhamdulillah..selepas cuti seminggu....(cuti penggal pertama), 
saya dan kengkawan telah menjalani UPS 1 ...:)


Perjalanan menuju kebahagiaan yang sarat duka dan cabaran
Kata-kata hikmah bermadah bicara...
~ The light at the end of the tunnel ~

Kami semua tetap menjalani ujian itu
dengan kudrat ilmu yang telah diperolehi
tangan tetap digagahi
untuk mencoret segala pengisian otak 
di kertas jawapan 
atau lebih digeruni sebagai OMR....


Sebagai seorang insan yang telah berusaha 
dan difikirnya usaha itu cukup 
bagi menghadapi kejayaan yang akn datang..
pastinya  LIGHT yang disebut itu ingin dikecapi....

Begitu juga aku ..
insan yang tidak seberapa 
yang hanya mengecapi pangkat hamba 
dek tuntutan fuedal yang diketuai Yang Maha Kuasa....

Ucapan 
" Gewd lak....Buat betol2 ye......Jangan cuai.............Dapatkan straight A........." 
sentiasa direflct eardrum ku
Mana tidaknya kejayaan itu 
bukan sahaja disandarkan diri ini 
malah insan2 lain yang turut meratap dan mengharap sama

Aku sedar apa yang aku usahakan itu yang akan aku kecapi...
Begitu juga dengan UPS 1 aku ini...


3 hari yang dilalui 
bagaikan 3 tahun 
telah mengajar ku erti kesabaran
namun hakikatnya....
di akhir yang menanti jika bukan kejayaan.
.itu amat menyeksakan
apatah lagi itu bukan kejayaan yang sebenar dan abadi


Apapun..bagi yang mendatang harus 
aku hadapinya dengan tabah hati 
serta usaha yang meninggi setinggi-tingginya.,....

Kerana apa...kerana apa yang hendak aku genggam 
adalah sehelai kertas keputusan peperiksaan
yang isinya kecemerlangan yang terbilang dan jitu
berkat usaha gigih sang perindu najahan bikhoir....
~AMIN~

Ulasan