Coretan Qalbi...


Assalamualaikum w.b.t...Alhamdulillah, masih dikurniakan kudrat untuk menulis....
Sudah lama benar aku tidak menulis disebabkan beberapa faktor...

      • tak ade mase

      • tak ade idea
Walau apa pun yang terjadi....perasaan bosan apabila melihat tiada catatan baru di blog tetap tak boleh dielakkan...
Alhamdulillah,berkat kurnia Yang Maha Esa lagi Maha Kuasa...ku gagahi jua sedikit kurdat dan curahan ilmu yang ada bagi tatapan yang sudi menziarahi....Insya-Allah
Moga-moganya kita tetap berada di bawah lembayung kerahmatan-Nya...Amiin...


Pada sepertiga malam ini....
alangkah anehnya...
mataku masih segar bugar menghadap di hadapan komputer riba ibuku
mencurahkan buah fikiran ilmiah untuk dikongsi bersama...

Aku sebagai insan biasa yang masih alpa dalam menitik titik kehidupan...
kadang-kadang...aku sedar siapa diriku...
tetapi...setelah  seketika
muhasabahku terus berlalu
bak angin lembut berhembus sayu
tiada kesan tiada keinsafan

Sesekali aku terfikir sejenak....
apakah aku dalam kalangan muslimat itu
rela berkorban demi menegakkan agama tercinta...
apakah aku dalam kalangan mukminat itu
menjalani kehidupan di atas landasan yang diredhai-Nya...
apatah lagi dalam kalangan muttakin itu
terus mentaati perintah tuhan dan rasul-Nya...
tepuk dada tanya iman....

Sesekali aku terfikir sejenak
adakah aku dalam golongan munafikin..
yang mendustakan percakapannya...
adakah aku dalam golongan musyrikin..
yang kian menyimpang dari ajaran-Nya..
ataupun dalam golongan kafirin...
A'uzubika minzalik...
Sungguh pedih azabnya...


Sesungguhnya, walau kukutip semua permata
di dasar lautan
Sesungguhnya, walau kusiram dengan air hujan
dari tujuh langitmu
Namun cinta..takkan hadir
Namun rindu..tak akan berbunga
Jika tidak..mengharap rahmatmu
Jika tidak..menagih simpati pada-Mu
Ya Allah






Ulasan

  1. nice entry, dik! menjana fikiran ini utk lebih berfikir mengenai-NYA.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...
    terima kasih kerana sudi post comment:)

    BalasPadam

Catat Ulasan