Sabtu, 3 Ogos 2013

Ramadhan is The Fragrance Quality of Heart


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah segala puji bagi Allah...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW...

Dah lama ana tak menulis...subhanallah, rindu sangat nak menukilkan sesuatu =)
Insyaa Allah, may Allah ease everything...

         Currently, kita masih dalam bulan Ramadhan...Alhamdulillah, kesempatan ini Allah kurniakan. Sungguh bulan tarbiyyah ini banyak mengajar ana, membuatkan ana muhasabah kembali nafsi. Kerdilnya diri, hinanya diri ini ketika berhadapan dengan-Mu, ya Rabbi~


          Subhanallah, dalam ramadhan ini, Allah mengurniakan ana tautan hati yang sangat indah. Berukhuwwah kerana Allah~ subhanallah, manisnya ikatan! Bermula dengan hati-hati yang masing-masing dahagakan cinta Illahi, hati-hati yang sentiasa mencari-cari cinta hakiki, hati-hati yang berkejar-kejaran menyahut seruan meraih redha Rabbi.

           Dengan itulah hati-hati ini tertaut. Detik-detik yang ana lalui bersama mereka dengan izin Allah, sangat berharga. Membuatkan ana sentiasa zikrullah, membuatkan ana rasa berlumba-lumba mengejar pahala dan redha Allah. Kekadang, timbul dalam diri ana rasa cemburu berbaur sedih. Cemburu melihat kuatnya, kukuhnya, istiqomahnya antunna di jalan ibadah... Cemburu melihat indahnya sinaran cahaya hati antunna yang tidak pernah sirna memburu redha Allah! Sungguh ana cemburu!!!



            Ramadhan kali ini bakal berakhir, sungguh ana sedih!
Sedih memikirkan, apa yang telah ana manfaatkan? Sedih memikirkan maghfirah, adakah sudah menjadi milik ana? Kerana CELAKA! Itulah yang didoakan kepada hamba-Nya yang tidak mendapat maghfiroh...tatkala berakhirnya Ramadhan. Sedih melihatkan diri sendiri yang tetap begini...sampai bila? Islah nafsi! Ghayyar nafsaka! Adakah ana yakin sempat menjengah Ramadhan akan datang?
     
             Ya Rabbi, hamba-Mu ini sedang jatuh imannya. 
Ya Rabbi, hamba-Mu ini tidak betah duduk lama dalam kemungkaran-Mu, dalam kealpaan~
Kerana hamba-Mu ini dapat merasakan betapa Kau sedang memanggil dirinya supaya jangan jatuh lagi! Kerana hamba-Mu ini dapat merasakan betapa Kau sedang mentarbiyyah dirinya supaya memperkukuhkan tempat dia berdiri! Supaya dia tidak jatuh lagi...

         Ya Allah, terima kasih atas jentikan iman ini. Terima kasih atas biah solehah ini. Terima kasih atas sentuhan-Mu yang lembut pada hati yang gersang ini. 

Semoga Allah redha!



Doakan yang terbaik buat ana~