Rabu, 22 Mei 2013

Prinsip CINTA Seorang Hamba~


بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum wbt...
Inshaa Allah post kali ini saya tujukan khususnya kepada mereka yang masih tercari-cari tentang CINTA <3 o:p="">

Semestinya saya pun tak lah arif sangat tentang CINTA. Tapi, alhamdulillah sejak kebelakangan nie banyak ilmu yang saya dapat tentang CINTA... seronok dapat belajar perkara baru, lagi-lagi setiap orang pasti akan melaluinya. Yang kita tak pasti adalah masa, siapa, di mana, bagaimana. Jadi, ilmu tentang CINTA adalah persediaan yang paling tepat untuk kita =)

Saudara-saudari yang saya kasihi kerana Allah ;)

Hakikatnya, CINTA adalah fitrah manusia. Jadi setiap manusia pasti tidak terlepas untuk merasai CINTA.
Hakikatnya CINTA adalah perasaan yang lahir dari hati yang merupakan Raja kepada kerajaan diri. Maka Raja itu perlu dikawal.
Hakikatnya CINTA adalah sangat ‘fragile’, halus dan mudah menyelinap dalam sanubari insan. Jadi ilmu CINTA itulah yang menyebabkan kita lebih ampuh dalam melayari bahtera through the ocean of LOVE.


So, the most important to be learnt in this course is, “ PRINCIPLE OF LOVE!”

Ikhwan dan akhowat fi barakatillah ;)
Prinsip cinta ini penting!
Sepenting kekuatan akar bagi tegaknya pohon,
Sepenting mapannya akidah bagi muslim yang mukmin,
Sepenting ikhlasnya niat bagi amal yang barakah...

The Hadith that had been narrated from His Prophet SAW, “ Innama al-‘amalu binniyat....” From this hadith we can notice the important of Niat and a good intention only come with a good Principle =)

Jadi kepada siapa yang sudah bersedia, jom kita fikir sama-sama prinsip yang kita nak letakkan untuk CINTA yang kita nak bina~

a)   CINTA ku mestilah yang menggapai MARDHATILLAH. Maka apa-apa perkara yang tidak bertepatan dengan syariatullah haruslah aku hindari kerana itu akan menghalangku dari menggapai redha Allah SWT.


Justeru, bagaimana?

Hanya dengan meletakkan ALLAH sebagai ranking pertama dalam matlamat cinta, kita tahu jalan mana yang patut kita pilih. Nak ikut syariatullah ke syariat nafsu?
Pastinya kita akan mudah tergoda dengan keindahan CINTA dunia. Maka sebenarnya, cantiknya syariatullah ini, Allah dah sediakan peringatan untuk kita supaya kita tak dekat dengan jalan maksiat ( La taqrabu zina...!)

Surah Tahaa; 131
          “ Dan janganlah engkau tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka, ( sebagai ) bunga kehidupan dunia, agar Kami uji mereka dengan ( kesenangan ) itu. Kurnia Tuhanmu lebih baik dan lebih kekal.”

b)   CINTA ku mestilah membawa ku dan semua yang aku cintai ke SYURGA Allah. Kerana hanya itulah tempat nikmat yang abadi, destinasi cinta.

Macam mana nak bawa diri dan saudara2ku ke SYURGA?

Another hadith narrated by Rasulullah SAW;
“ Tidak sempurna iman seseorang antara kamu sebelum kamu mencintai saudara kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri.”
         
          Masa mula-mula saya dengar hadith ni pun, saya agak blur...macam mane? Kemudian, saya temui...=)
           ‘Hatta jika kau terjunam ke neraka, aku akan menyelamatkanmu! Supaya kita dapat bersama menuju ke syurga’ Benci dosa, bukan benci pendosa. Kita sayang dia, tak nak dia wat dosa sebab tak sanggup lihat dia kne seksa kerana kita tak selamtkan dia kat dunia dulu.

c)    CINTA ku mestilah yang membawaku ke alam BAHAGIA. Bukan sahaja di dunia, malah di akhirat sana.

Kita percayakan dengan janji Allah dalam Surah As-Syarh;
          “ Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”

Ha, tengok! Dua kali Allah tegaskan. Dan kesulitan dalam cinta ini semestinya banyak. Lagi-lagi dunia ini ibarat penjara bagi orang yang beriman.

 Tapi, janganlah kita kaburkan mata hati sebab sekarang nie kalau tengok drama, movie pasal cinta...macam2 jenis derita yang mereka tanggung untuk survive kan cinta diorang.
 Namun hakikat perjuangan cinta yang sebenar bukan membutakan tetapi melapangkan. Pengorbanan cinta sejati takkan bawa kita jauh dari Allah, sebaliknya bawa kita lebih dekat dengan nikmatnya cinta Allah. Dan dari situlah lahirnya rasa BAHAGIA.

OK, alhamdulillah dah siap my PRINCIPLE OF LOVE. 3 pun cukup inshaa Allah. Seems like boundary yang saya letak for prinsip nie tinggi kan? Tapi, itulah yang penting kerana yang tinggi itu hanya boleh dicapai dengan ketinggian dan kemuliaan =)

“ Al-islamul a’ala, wala yu’la alaih” Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi dripadnya.
Jadi dengan ini rasmilah bahawa, untuk memegang prinsip CINTA yang tinggi ini, ISLAM menjadi asasnya. Kerana prinsip yang tinggi itu hanya boleh dicapai dengan sesuatu yang tinggi yakni ISLAM.

Harap perkongsian ini bermanfaat buat semua, semoga Allah redha.
Ikhlas hadiahku buat kamu ;)