Selasa, 13 Oktober 2015

Basiroh

 
Bismillahirrahmanirrahim

Aku tertanya tanya betapa besarkah dunia dlm hatiku
Sehinggakan aku sangat terefek dengannya
Sehinggakan aku stagnant memikirkannya
Aku juga tidak tahu adakah yg sedang aku fikirkan ini ada kaitannya dengan akhirat dan dakwah tarbiyyah ku

Ya Allah, jujur aku katakan kepadaMu 
Bahawa aku semakin kurang merasakan hubungan ku dengan Mu dalam setiap perbuatan kehidupanku
Ya Allah, ini parah ya Allah...
Betapa parah lagi hatiku sudah lama merasakan semua ini
Ya Allah aku merasakan penyeksaan hati yg sangat ya Allah

Ya Allah adakah aku sendiri yg membutakan mata ya Allah
Jika benar ya Allah, kau bukakanlah, kau perlihatkanlah kepadaku
Tentang apa yg patut aku lihat dri awal ya Allah

Ya Allah adakah aku yang lari ya Allah
Jika benar ya Allah, pimpinlah aku untuk berlari dalam jalan yg Kau redhai ya Allah

Ya Allah adakah lidahku yg selalu terlanjur menutur tanpa memikirkanMu ya Allah
Ya Allah jika benar, kau kawallah lidahku ini ya Allah
Daripada mengatakan yg tidak membangkitkan iman ku ya Allah

Ya Allah aku semakin mengerti betapa sukarnya tuntutan untuk taqwa ya Allah
Yg membuatkan aku banyak menyesali apa yg sudah kuLakukan semasa Ramadhan ya Allah
Namun, betapa Arrahman dan Alghafur nya Engkau, yg sentiasa mengingatkanku bahawa jgn menyesali dosa lalu yg menyebabkan dosa hari ini

Ya Allah,betapa sukarnya untuk aku memahami tarbiyyah dariMu ini ya Allah
Apatah lagi untuk aku talahhum... Allahu

Ya Allah, aku kini bukan sahaja perlu mentarbiyyah diri sendiri, tetapi aku juga perlu banyak muhasabah tentang wajibaat yg telah Kau berikan
Aku juga perlu banyak muhasabah adakah aku sudah mendapatkan basiroh tentang kefahaman ini ya Allah

Dalam wasiat As Syahid Imam Hasan Al Banna yg ke 10, alwajibat aktharu minal awqaat

Ya Allah kurniakanlah aku basiroh dan kesabaran menempuhi ujianMu
Walaupun lama dan susah, semoga ujian ini menjadikan Aku lebih kuat dan thabat ya Allah

Basiroh... 12:108
Tepuk dada tanya niat, 
Cukup basiroh niatmu?
Lantas atas dasar apa kau terus bergerak
Lantas atas alasan apa kau terus berbuat
Lantas mengapa kau terhenti dan membengkak

Basiroh,
Itu urusan hati dan iman, bukan akal semata...