Selasa, 13 Mei 2014

Menelusuri Jalan Tarbiyyah~


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt... 
Alhamdulillah wa syukurillah, atas nikmatNya yang dinikmati hingga ke hari ini. 
Setiap hari tiada jemunya Allah memberi...
Selawat dan salam ke atas junjungan Mulia Rasulullah SAW.

Tarbiyyah =) 
Itu adalah proses, 
proses yang sangat panjang.

Tarbiyyah =)
Itu adalah didik,
didik hati, diri dan iman.

Tarbiyyah =)
Itu punya bermacam rasa,
Namun ana fakir kata untuk menakwilkannya.

         Subhanallah~ jujur ana nyatakan betapa fakirnya ana untuk menjelaskan betapa hikmahnya tarbiyyah ini, kerana tarbiyyah ini timbul dan meresap deep dalam hati, bersama kefahaman yang dikurniakan Illahi. Justeru, rasa tarbiyyah ini susah untuk dapat juga untuk dilepaskan begitu saja.

         Namun, insyaAllah, ana ada sedikit sharing untuk ana singkap and engraved juga untuk kita sama renungkan, may Allah ease =)

Ana dan Tarbiyyah

        Ana mula mengenal perkataan ini masa di sekolah, ada sahabat yang introduce kan. Bila ana dengar, baru ana rasa, inilah yang ana nak carik! inilah yang selama ini ana cuba dan nak sampaikan pd orang lain, TARBIYYAH~
        Sedar tak sedar, itu bukan pertama kali ana feel the meaning behind it, tapi sebenarnya sepanjang kehidupan, apa saja yang dijalani, itu adalah tarbiyyah, TARBIYYAH dari Allah. 

        Mula lah kehidupan di alam pra-universiti, subhanallah~ saat ini ada tarbiyyah yang besar dapat ana rasakan. Betapa Allah nak meletakkan ana di tempat yang ana tak plan pon nak study, tapi itulah yang terbaik untuk ana...Kerana Allah Maha Tahu, kerana Allah mahu mendidik diri ana dengan biah dan gaya hidup di situ,

" Sibghah Allah, Siapa yang lebih baik sibghah-Nya drpd Allah? 
Dan kepada-Nya kami menyembah." (2;138)

      Di situ ana belajar menilai kehidupan! Belajar berjadi insan yang bersyukur dan jiddun wa ijtihad, bersungguh-sungguh. Ana bawakkan beberapa watak dalam life ana di alam pra-universiti...

       Ana punya sahabat yang sangat tekun dan bersungguh-sungguh belajar, ibadahnya pun subhanallah...Ana pernah tengok je dia belajar, kononnya nak belajar sekali lah, tapi ana sebenarnya nak study dia, hihi... MashaAllah, ana rasa macam tak de benda yang boleh menggugat fokus dan kedeterminannya. Dia juga selalu meraikan majlis-majlis ilmu. Ana rasa nak jadik macam dialah pulak, huhu~ Daripada dia, Allah mentarbiyyah ana untuk jadi bersungguh-sungguh dan fokus dalam setiap perkara. Hak kepada diri kurangkan, maksudnya jangan terlalu memberi ruang selesa kepada diri, dan tenang, jangan kelam-kabut.

     Ana punya sahabat yang hidupnya penuh dengan hamasah, semangat, think ahead positively, dan teratur. Ana suka berbincang dan bersembang dengan dia. Kuat prinsipnya dan pandangannya. Kebergantungan kepada Allah yang sangat tinggi, ana selalu jugak berkongsi masalah dengannya, ana cuba nak melihat fikrahnya, kadang-kadang cerita2 rupanya masalah kami sama, dan di situ kami berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Daripada dia, Allah mentarbiyyah ana untuk jadi tersusun dengan masa, dan banyak persepsi dapat diperbetulkan, dan betapa pentingnya ilmu fardhu Ain dalam hidup.

     Ana punya sahabat yang serba kurang, namun begitu, kehidupannya penuh suka dan tawa. Daripada dia, Allah mentarbiyyah ana untuk bersyukur dengan nikmat yang diperolehi dan hidup dengan sederhana yang mungkin. Ana juga belajar bagaimana nak get in other people dan perkara ini sangat penting untuk bina persahabatan dan proses dakwah itu sendiri.

     Ana punya sahabat yang selalu menjadi tempat ana bercakaran, melepaskan geram tak tentu pasal dan dia akan balas dengan perkara yang sama, hihi...nak pecah dinding dibuatnya. Di sebalik semua itu, kami punya banyak persamaan dan ana banyak belajar daripada dia kesungguhan dalam berdakwah, berkongsi suka duka, dan prinsip seorang wanita =)

     Banyak la pulak, kalo ana nak cerita semua...Subhanallah, banyak nye ana belajar daripada antunna, Alhamdulillah =) Jazakallah Khoiron Kathiro, atas singgah kalian dalam hidup ana yang terus sebagai tarbiyyah Allah kepada ana. Antunna adalah mutiara Islam dan anak panah-anak panah Islam! Teruslah menjadi qudwah dan mentarbiyyah diri kita bersama =D

*  *  *  *  *
Pulang ke meja...

Sahabat sekalian, 
       Bawalah perkara yang terjadi di sekeliling kita dan dalam diri kita kepada link taqarrub billah (mendekatkan diri kpd Allah). Jadikan itu sebagai didikan diri, muhasabah diri, juga motivasi buat diri, semua itu dri Allah. Kita datang dari Allah dan akan pulang kpd Allah, jadi hidup ini adalah untuk kita laksanakan perintah Allah =)

Sesungguhnya, jalan tarbiyyah ini masih panjang...
Banyak lagi medan yang belum aku telusuri,
Banyak lagi perkara yang belum aku fahami,
Banyak lagi ilmu yang belum aku hayati,
Banyak lagi kelemahan yang perlu aku perbaiki...

Ana doakan semoga ntum dan kita semua merasai manisnya iman dalam jalan tarbiyyah~ insyaAllah =)

Semoga Allah redha,