Isnin, 27 Januari 2014

Rasa Berdosa?


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt... kaifa halukum jaami’an?
Ana doakan kita semua sentiasa berada dalam rahmah dan maghfirah Allah =)

Tapi, kenapa rahmah dan maghfirah Allah?  
Kerana rahmah itu adalah BELAS KASIHAN Allah terhadap hamba-hambaNya. Dan sesungguhnya rahmah Allah ini sangat besar dan kadang-kadang tidak terjangkau akal kita untuk memikirkannya.

Contoh situasi;
            ‘ Seorang pelajar yang sangat rajin dan bersungguh-sungguh belajar mendapat keputusan yg sgt cemerlang dlm exam.’ Adakah dia yakin yg kejayaan yg dia peroleh hasil usaha kerasnya semata-mata?

            Tidak sebenarnya, tetapi itulah rahmah Allah kepadanya. Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Adil. Jika Allah tidak izinkan, jika tiada belas kasihan Allah terhadapnya maka tiadalah dia mendapat keputusan cemerlang itu =)

            Kita lihat saja kisah Qarun yang dikurniakan Allah dengan kebijaksanaan serta harta yg banyaknya, Subhanallah ~ Tapi, kerana ingkarnya dia, sinaran nikmat yg diperolehinya mengaburi matanya sehingga dia katakana bahawa segalanya hasil usaha dirinya sendiri. Dan itu adalah tidak  benar, kerana semuanya milik Allah dan akan pulang kepada Allah.

Manakala maghfirah Allah itu adalah pengampunan Allah terhadap dosa-dosa kita... Siapalah yg tidak mahu didoakan dengan yg sedemikian =)
           
            Lihatlah, bagaimana hikmahnya Allah ciptakan dosa. Setiap perkara yg kita lakukan dicatat oleh dua malaikat, Malaikat Raqib dan ‘Atid. Di mana amalan-amalan itu tidak dapat kita lihat bagaimana pencatatannya (kecuali selepas diberi buku amalan kita di hari akhirat) tetapi impak amalan itu dapat kita rasai terus ke hati.
Dan seperti mana dosa, yg impaknya juga dapat kita rasai terus ke hati kita, insyaa Allah =)
Bagaimana? Pernah rasa berdosa?

Sahabat-sahabat yg dikasihi kerana Allah,

            Fitrah makhluk itu sentiasa ingin dekat dengan Kholiqnya. Dan apabila nafsu menjauhkan hati seorang hamba itu daripada Allah, meskipun zahirnya gembira, meski semua orang menyayanginya, hakikatnya rohnya terseksa!
Masya Allah, di saat ini, hati rasa tidak tenang, miserable, kalau senyum tu macam nak tak nak je, rasa jauh dari Allah, dan yg paling penting, timbulnya rasa berdosa...

Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud;
            “ Sesungguhnya orang Mukmin apabila melakukan sesuatu dosa, terbentuklah bintik hitam pada hatinya. Apabila dia bertaubat lalu berhenti melakukan dosa dan beristighfar, dia bersih daripada bintik hitam itu. Apabila dia tetap melakukan dosa, semakin bertambah bintik hitam itu pada hatinya, sehingga tertutup seluruh hatinya.”

Untuk Kita Pendosa, Harapan Selalu Ada =)

            Subhanallah, hikmahnya Allah ciptakan dosa, punya rasa berdosa. Dan di saat itu hakikatnya, hati kita perlu kembali mencari pencipta. Namun, segeranya kita kembali pada Allah adalah interpretasi keimanan kita. Be the change!

Surah Ar-Ra’d; 11
            “ Baginya (manusia) itu ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum itu sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.....”

            Jika rasa lemah, tiada kekuatan, teruskan berusaha kerana kita hakikatnya sedang mengumpul kekuatan dan membina iman. Insyaa Allah janganlah kita berlengah dalam kembali kepada Allah, bersegeralah!                                                                                                                                                                                                                                                                                                      
Semoga Allah redha~