Khamis, 27 Jun 2013

Aku Merinduimu- Devotees


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt =)
Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian kepada Allah SWT
Sesungguhnya segala yang bisa kurasakan kini,
Tidak lain dan tidak bukan, 
Adalah rahmat dan nikmat dari Allah =D
Alhamdulilah~

Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW
ahli keluarga Baginda, para sahabat, tabi', tabi' tabi'in...

Juga buat my beloved family, yang jauh di mata tpi dekat di hati <3 nbsp="">
Ayah, Ibu, Kakak and My Adik =)

         Insyaa Allah, saya ingin kongsi sebuah lagu yang bertajuk Aku Merinduimu nyanyian Devotees. Just a simple intro, lagu nie bertemakan luahan hati seorang anak kepada keluarga, khususnya kepada kedua-dua ibu dan ayahnya. Lirik dari hati seorang anak yang melaksanakan tanggungjawab sebagai anak yang soleh dan juga seorang pelajar yang cemerlang. Anak itu berkata...AKU MERINDUIMU!~

        IBRAH lagu;
- Jangan kita lupa matlamat kita dalam medan ilmu ini untuk dapatkan REDHA Kholiq
Kita letakkan Allah sebagai matlamat kita,
Kita nak jadi Khalifah terbaik di muka bumi Allah,
BELAJAR! BELAJAR! BELAJAR!
untuk bantu Islam, untuk keluarga kita, dan Diri kita sendiri~
Juga niatkan kita nak buang jahiliyyah dalam diri dan orang lain,
Dengan itu lagi kita kenal Allah, lagi kita Cinta Allah =)

- Keberkatan dari semua sangat penting terutama sekali ibu ngan ayah kita, keluarga, guru
Doakan mereka, mereka sentiasa doakan kita,
Ilmu bertambah, solehah pun bertambah,
Bertanya khabar, hormat mereka,
Walau kita rasa sibuk sangat, insyaa Allah =)

Insyaa Allah apa yang datang dari hati yang tulus akan masuk ke hati dengan mudah. Maksud tersirat dari lirik lagu jadi mudah sangat sampai ke hati pendengar...semoga itu yang antum rasakan =)

Insyaa Allah, semoga Allah memberi izin untuk saya kongsikan lagu ini kepada semua.
Kongsi bukan sekadar SHARE biasa-biasa tau, 
Tapi, saya doakan semoga Allah izinkan saya kongsi apa yang saya rasa bila dengar lagu ni.
Dengar bukan sekadar DENGAR KOSONG tau,
Tapi, dengar dengan menghayati, hadirkan telinga, akal dan hati. MUST BE CONNECTED!
LIKE bukan sekadar LIKE FB tau,
Tapi, LIKE sebab perkongsian yang bermanfaat, dan rasa nak berkongsi lagi.
Apa-apa pun semoga Allah redha =)
~Itulah yang saya doakan, niat dari hati, insyaa Allah...AMIN~

Jadi, PRESENTING! Aku Merinduimu-Devotees <3 a=""> (click the song <--->



DEVOTEES-AKU MERINDUIMU

Tidak dapat ku gambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
Hanya yang mampu untuk ku lafazkan
Aku merindui mu
Terasa amat jauh diri ini
Dengan kau tiada di sisi
Bergenang air mata ku
Bila terkenangkan wajah mu
Ayah ibu dari jauh ku pohon restu
Doa mu titian kejayaan ku
Nasihat dari mu ku ingat selalu
Tersemat di kalbu
Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan reda-Mu
Moga ku jejaki
Tempat yang dituju



Last but not least,
Doakan saya dalam perjalanan menuntut ilmu Allah nie,
Perjalanan Aku Sebagai Umat Muhammad...
Semoga Allah redha =)

Sabtu, 15 Jun 2013

Apa yang Kamu Mahu?


بسم الله الرحمن الرحيم

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akbar!
~Feeling blessed =)~ ~SMILE!~
Assalamualaikum wbt...

Kaifa haalukum?
‘Alaina fil ‘afiah wa salamah min Allah...kan!~Amiin~

Selawat dan salam buat junjungan besar, Baginda SAW
Baginda sangat-sangat merindui kita, umat Baginda
Maka bagaimana pula kerinduan kita terhadap Baginda?
Allahumma solli ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala alihi wa sohbihi wa sallim!

Apa yang kamu mahu?
Salah satu perkara yang paling menakutkan di dunia ini adalah kemahuan manusia. Kemahuan manusia tak pernah berhenti, tak pernah cukup.
Kemahuan sentiasa disifatkan perlu dipenuhi untuk mencapai kecukupan.
Kecukupan pula selalu dikejar untuk menutup kekosongan.
Tak pernah rasa bosan, berlari mengejar yang tak pasti...
Allah...maka di mana akhirnya?

Apa yang kamu mahu sebenarnya?


"Sesungguhnya setiap amalan harus disertai dengan niat....!"
Setiap langkah kaki di lapangan, 
Setiap perbuatan tangan lakukan,
Setiap kata bibir tuturkan,
Setiap perjuangan jiwa, harta, masa yang dikorbankan...
Sebenarnya untuk apa? Apa yang ingin kita sandarkan?
Apa? Apa?

Meski sekecil-kecil amalan, hingga sebesar-besarnya amalan,
Apa niat kita? Apa yang kita mahu sebenarnya?

" Setiap orang hanya akan mendapat balasan bergantung pada niatnya....!"
Maka tidakkah pernah kita memikirkan?
Balasan, pulangan dari Allah itu bergantung,
Pada apa yang kita niatkan...

REDHA ALLAH...that's the true priority!
The FIRST among the FIRST~
The LAST among the LAST~

Sahabat-sahabat =)
Jangan sampai kita jadi orang yang rugi, orang yang mensia-siakan nikmat. Kita sibuk kejar kecukupan, cemerlang, nak isi kekosongan jiwa... sedangkan kita ambil jalan yang tidak sepatutnya. Maka akhirnya kita perlu kembali MUHASABAH~

Allah letak kita di dunia yang sementara,
Allah janjikan kepada kita dua perkara...
Nikmat yang abadi =)
atau Azab yang abadi~



The answer ;)

Sebenarnya, ini yang kita perlu jelas =)

Kehidupan ini umpama menempuh satu jalan 
yang tidak dijanjikan lurus hingga ke akhirnya, 
tapi dijanjikan destinasi abadi di penghujungnya...
Di sepanjang jalan yang kita tempuh ni, 
ada tangan-tangan yang akan menarik-narik kita.
Dan kita sendiri sebenarnya yang mendorong diri kita nak ikut yang mana satu.
Di sepanjang jalan yang kita tempuh ni, 
ada kabus yang datang mengaburi pandangan kita,
Dan saat ini hanya kekuatan iman 
yang dapat memandu kita ke jalan yang sebenar.



Maka jika belum pernah kita berfikir...
Inilah saat perubahan, TURNING POINT =)
Never late to make a U-turn, before it's too late =D
Allah ma'ana!
Tajdid our NIAT <3 font="">

Wallahu'alam...
Semoga Allah redha



Selasa, 4 Jun 2013

Tarbiyyah Allah


بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Sesungguhnya dari Allah lah kita datang dan kepada Allah lah kita kembali =)
Jadi, tidakkah kita melihat dan berfikir?
Jika mulanya kita dari Allah dan akhirnya kita juga kepada Allah, maka perjalanan kita iaitu kehidupan ini juga adalah semata-mata kerana Allah...

Surah Al-Baqarah 2; Ayat 155-156


Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta dan jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (155)

Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata (Sesungguhnya  kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali) (156)

Sahabat dan sahibah yang saya kasihi kerana Allah,
Berdasarkan dua ayat daripada Surah Al-Baqarah di atas, apa yang saya ingin sampaikan adalah tentang UJIAN yang juga adalah TARBIYYAH ALLAH =)

So... let's make an equation 
                      NIKMATUJIAN = TARBIYYAH ALLAH

Di sini saya nak kongsikan apa yang telah saya lalui,
Moga sume dapat ibrahnya....especially saya....


- ini bukanlah keputusan sebenar -
Alhamdulillah, Allah berikan keputusan SPM yang sangat sangat sangat sangat baik kepada saya. When I got my SPM result, rasa macam nak always hold it tight, tak mau lepas. SUBHANALLAH! Saya dapat rasakan yang itu adalah rahmat, belas kasihan Allah pada saya dan orang sekeliling saya. Allah bagi yang sangat baik dan tak pernah terjangkau dek akal saya untuk dapat result sebagus itu... =)

MOOD = SMILE + TEETH

Jadi, langkah seterusnya adalah saya mohon sume yang ada...hu5! MARA, JPA, FELDA, Yayasan Khazanah,...etc. Debaran yang saya alami nak tunggu result scholarship nie lagi kencang dri mse tunggu result SPM dlu. Ini serious >_< ! Tak taulah, maybe saya je wat rasa camni =)

MOOD = NERVOUS 

Alhamdulillah, penantian berakhir dengan saya dapat pi interview JPA, layak wat test dri MARA and ada interview ngan UM for UPU. 

MOOD = EXCITED

Tapi, saya dapat rasakan pada saat ini, saya rasa jauh dengan Allah. Besides, hati saya dan seluruh jasad saya tak ada ketetapan pada apa yang saya akan pilih untuk masa depan saya. Saya rasa ada hijab yang menyebabkan saya tak terjangkau nak dapat petunjuk Allah, untuk pilih apa yang terbaik untuk saya.

MOOD = SMILE + LOST TRACK

Resultnya, sangat mengHAMPAkan saya dan orang sekeliling saya. None of them JPA or MARA yang saya qualified. My parents like staring and could not believe the fact. Saya sendiri apatah lagi...memang saya dapat rasakan betapa kecewa dan frust menonggeng jugak la. Sebab tak lama lepas interview sume, saya dapat rasakan yang saya nak sangat sangat tawaran medic dri MARA. 

MOOD = SAD + DISAPPOINTED

Walau saya akui saya mampu tersenyum tapi, sebenarnya hati saya menangis. Hati saya sentiasa hujan dengan hujan derita, hujan air mata. Ya Allah, tiada kata yang mampu ubat hati saya pada waktu itu selain pergantungan dan kepercayaan saya dengan janji Allah. Allah bukannya bagi apa yang kita mahukan tetap apa yang terbaik untuk diri kita... itu yang saya percaya dan pegang...

MOOD = INSPIRED 

Dengan itu, kini saya meneruskan pengajian saya di Pusat Asasi Sains UM ( PASUM ). Apa yang saya nak cari, apa yang saya nak rasa, apa yang saya nak belajar, saya pasti akan kejar! Sebab saya tahu Allah tempatkan saya di sini pada waktu ini, dan inilah yang terbaik buat saya dan pasti ada hikmah-Nya. Allah nak saya belajar sesuatu =) Dan inilah dia cara TARBIYYAH ALLAH pada saya =)

       PASUM = TERBAIK = HIKMAH = TARBIYYAH ALLAH

Mungkin sebab saya nie selalu ulang kesalahan yang sama, susah nak istiqomah, susah nak sedar, susah nak belajar supaya sentiasa dekat dengan Allah. Jadi, pada saat ini saya mampu mengucapkan ALHAMDULILLAH =) tanda syukur kepada Allah atas TARBIYYAH dari-Nya. Allah Maha Tahu, inilah saja cara untuk ketuk kembali hati saya. 

MOOD = SMILE + TEETH ke EARS

Walau keputusan SPM saya nampak mahal kerana pencapaiannya, tapi Allah tak menjanjikan adanya pembeli besar untuk membeli keputusan saya. Itu menjadikan saya belajar untuk tidak bergantung kepada cemerlangnya keputusan semata-mata. Walau Allah tak bagi apa yang saya nak saya berada, tapi di sini Allah sediakan Taman-taman Syurga untuk saya. Tempat di mana naungan Allah sentiasa ada, tempat untuk saya terus dengan TARBIYYAH ini.



Semoga Allah redha =)