Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Allah Know and Give The Best =)

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum wbt~ Segala puji-pujian dan setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah SWT. Kita hidup lagi hari ini,  membawa perjuangan besar untuk diri... Kita hidup lagi hari ini untuk menebus kembali dosa-dosa semalam... Ini peluang yg jarang kita nampak dan manfaatkan Allah Maha Pengampun, Allah Maha Penyayang Allah Al-Ghafur, Allah Ar-Rahim... Kita hidup lagi hari ini,  untuk menyediakan bekalan bagi hari esok... Bekalan akhirat kita,  Ini hakikat yg kita selalu lupa Tapi Allah Maha Bijaksana, Allah Maha Adil Allah Al-Hakim, Allah Al-Adl... Dear sahabat-sahabat ... Insyaa Allah ana nak share luahan dari hati ana tentang apa yang ana jalani sekarang. Tapi, sesungguhnya mungkin luahan ini terselit juga prasangka-prasangka...kerana ia datang daripada hati seorang pendosa (ana) -.- Subhanallah, hikmahnya Allah hamparkan jalan ini untuk diri ana. Berada di PASUM dengan izin Allah, banyak sekali i

Kerja Kita Besar!

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum wbt :D Kaifa halukum?  Alhamdulillah, ana sudah pun melangkah satu langkah ke hadapan. Allah~ bukan mudah ana nak titipkan tinta di blog kesayangan ni. Namun, apa yang Allah kurniakan...iaitu rasa tanggungjawab dan rindu menulis. Dua tuntutan hati dan iman, subhanallah...itu yang menggerakkan langkah ana ke hadapan. Tak cukup dengan itu, perlu ada ilmu :) Insyaa Allah, semoga perkongsian ana kali ini bermanfaat untuk semua dan nafsi juga :D Tahukah saudara-saudari yang dikasihi kerana Allah? Menulis itu tidak mudah :) Lagi-lagi setiap apa yang dititipkan ini akan menjadi penyaksian di akhirat kelak. Jadi, bagi ana sendiri...ana akan berusaha menulis dengan apa yang ana rasa dekat dengan hati ana, supaya hati antum juga dapat merasakan getaran frekuensi yang sama dengan apa yang ana rasa :) Insyaa Allah, semoga Allah izinkan ye! Subhanallah,  Kerana Allah izinkan, pada 10/11 yang lepas, ana dengan sahabat, Alia Syahida

Luahan Rasa Buat Sahabat

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم              Kawan-kawan, terima kasih kerana sudi menerima singgah aku dalam hati kalian. Sungguh, perkenalan yang singkat ini banyak mengajar aku erti kehidupan, dan semuanya atas jasa dan budi kalian. Aku bersyukur kerana Allah memberikan aku kesempatan untuk belajar daripada kalian. Perkenalan aku dengan kalian membawa kepada satu saat manis dalam hidupku iaitu rasa kemanisan persahabatan.                             Namun berbanyak-banyak kemaafan aku dahulukan sekiranya sepanjang perkenalan ini aku tidak dapat memenuhi apa-apa janji dan keinginan yang kalian hajatkan daripadaku. Kemaafan juga kupinta daripada kalian atas segala kekhilafan nafsi sehingga menyebabkan hati kalian terguris dan terluka. Sekali lagi aku minta maaf andai persahabatan yang terjalin ini tidak berhasil kubawa untuk menggapai reda-Nya. Sungguh, tiada apa yang diharapkan selain persahabatan ini ku niatkan bagi mendapatkan reda Allah.              Sahabat-sahabat yang

- Lap Habuk-

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Subhanallah, Maha Suci Allah. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Allahu Akbar, Allah Maha Besar! Mood; Lap Habuk (fuh...)        Kaifa halukum? Alhamdulillah bikhoir? Insyaa Allah. Allahu akbar, suka rasanya dapat tulis di blog kesayangan nie =)         Namun, ana tak nafikan, kemahuan nak menulis tu ditarik-tarik oleh...oleh kebuntuan fikiran. Astaghfirullah Al-'Azim, ana rasa tak patut ana ada perasan camtu. Sepatutnya, setiap hari-hari yang kita lalui pasti ada ibrah untuk kita kongsi kan? Namun, ibrah atau hikmah itu sumenya hanya dapat dirasai oleh mereka yang berfikir, mereka yang muhasabah diri...        Hari-hari yang dilalui tanpa muhasabah, tidak mampu melahirkan insan yang memperbaiki dirinya pada hari kemudiannya. Allah~ Astaghfirullah Al-'Azim.        Subhanallah, banyak rasanya ana nak kongsikan. Banyak yang ana lalui, tapi yang paling penting banyak yang ana pelajari...hakikatnya, banyak mana yang ana aplikasi

Ramadhan is The Fragrance Quality of Heart

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah segala puji bagi Allah... Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW... Dah lama ana tak menulis...subhanallah, rindu sangat nak menukilkan sesuatu =) Insyaa Allah, may Allah ease everything...          Currently, kita masih dalam bulan Ramadhan...Alhamdulillah, kesempatan ini Allah kurniakan. Sungguh bulan tarbiyyah ini banyak mengajar ana, membuatkan ana muhasabah kembali nafsi. Kerdilnya diri, hinanya diri ini ketika berhadapan dengan-Mu, ya Rabbi~           Subhanallah, dalam ramadhan ini, Allah mengurniakan ana tautan hati yang sangat indah. Berukhuwwah kerana Allah~ subhanallah, manisnya ikatan! Bermula dengan hati-hati yang masing-masing dahagakan cinta Illahi, hati-hati yang sentiasa mencari-cari cinta hakiki, hati-hati yang berkejar-kejaran menyahut seruan meraih redha Rabbi.            Dengan itulah hati-hati ini tertaut. Detik-detik yang ana lalui bersama mereka dengan izin Allah, sangat berharga. Membua

Aku Merinduimu- Devotees

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum wbt =) Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian kepada Allah SWT Sesungguhnya segala yang bisa kurasakan kini, Tidak lain dan tidak bukan,  Adalah rahmat dan nikmat dari Allah =D Alhamdulilah~ Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW ahli keluarga Baginda, para sahabat, tabi', tabi' tabi'in... Juga buat my beloved family, yang jauh di mata tpi dekat di hati <3 nbsp=""> Ayah, Ibu, Kakak and My Adik =)          Insyaa Allah, saya ingin kongsi sebuah lagu yang bertajuk Aku Merinduimu nyanyian Devotees. Just a simple intro, lagu nie bertemakan luahan hati seorang anak kepada keluarga, khususnya kepada kedua-dua ibu dan ayahnya. Lirik dari hati seorang anak yang melaksanakan tanggungjawab sebagai anak yang soleh dan juga seorang pelajar yang cemerlang. Anak itu berkata...AKU MERINDUIMU!~         IBRAH lagu; - Jangan kita lupa matlamat kita dalam medan ilmu ini untuk dap

Apa yang Kamu Mahu?

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akbar! ~Feeling blessed =)~ ~SMILE!~ Assalamualaikum wbt... Kaifa haalukum? ‘Alaina fil ‘afiah wa salamah min Allah...kan!~Amiin~ Selawat dan salam buat junjungan besar, Baginda SAW Baginda sangat-sangat merindui kita, umat Baginda Maka bagaimana pula kerinduan kita terhadap Baginda? Allahumma solli ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala alihi wa sohbihi wa sallim! Apa yang kamu mahu? Salah satu perkara yang paling menakutkan di dunia ini adalah kemahuan manusia. Kemahuan manusia tak pernah berhenti, tak pernah cukup. Kemahuan sentiasa disifatkan perlu dipenuhi untuk mencapai kecukupan. Kecukupan pula selalu dikejar untuk menutup kekosongan. Tak pernah rasa bosan, berlari mengejar yang tak pasti... Allah...maka di mana akhirnya? Apa yang kamu mahu sebenarnya? "Sesungguhnya setiap amalan harus disertai dengan niat....!" Setiap langkah kaki di lapangan,  Setiap perbuatan tangan l

Tarbiyyah Allah

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Sesungguhnya dari Allah lah kita datang dan kepada Allah lah kita kembali =) Jadi, tidakkah kita melihat dan berfikir? Jika mulanya kita dari Allah dan akhirnya kita juga kepada Allah, maka perjalanan kita iaitu kehidupan ini juga adalah semata-mata kerana Allah... Surah Al-Baqarah 2; Ayat 155-156 Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta dan jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (155) Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata (Sesungguhnya  kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali) (156) Sahabat dan sahibah yang saya kasihi kerana Allah, Berdasarkan dua ayat daripada Surah Al-Baqarah di atas, apa yang saya ingin sampaikan adalah tentang UJIAN yang juga adalah TARBIYYAH ALLAH =) So... let's make an equation                         NIKMAT =  UJIAN =