Isnin, 22 November 2010

Love...Cinta...Al-Hub


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warah matullah wa barakatuh wa maghfirah wa ridhwanuh!
  
  Apa khabar semua? Kaifa Halukum? 
          Alhamdulillah, kita masih diberi nikmat Allah yang paling besar iaitu nikmat kehidupan. Dan Insya-Allah, seperti yang semua 'Abdullah' harapkan ialah sentiasa dalam lingkungan hidayah dan rahmat-Nya. Semoga kita tidak terlepas daripada mendapatkan semua itu, yang paling penting merupakan keampunan Allah. Don't despair and never lose hope, cause Allah is always by you side!
 
~segala puji-pujian hanyalah untuk-Mu, Ya Rabbal 'Alamin~

*****************************************************

           Cinta adalah fitrah semula jadi dalam diri setiap insan, pengemis cinta...Ada juga yg  terlintas mengatakn bhw cinta itu jika tiada dalam diri maka 'abnormal'lah seseorg itu...Apa pandangan kalian? Kesian...? Atau...Memang patut digelar camtu!...( wateverlah! )

         Tidak dinafikan perasaan cinta itu sendiri adalah sebuah perasaan yg sentiasa segar, cool dan DA BOMB! Yakni, perasaan itu bisa hadir dalam usia apa2 skali pon...Dan satu kalamul hikmah dari HAMKA yg berkisar tntg cinta ada mengatakan bahawa...Cinta itu sgt suci sifatnya sperti titisan embun di pagi hari...

SUNGGUH! SUBHANALLAH, 'Aliah...sangat tinggi darjat cinta itu... 

         SO...bagi kalian dan kita, yg hingga kini terus memburu cinta yg suci itu, jgnlh sesekali mengotori dan mencemari sifat hak, sesebuah CINTA...SUCI!

************************************************

          CINTA terbahagi kpada 3 peringkat...
  • Cinta teragung
  • Cinta sederhana
  • Cinta hina
CINTA TERAGUNG

Adalah perasaan cinta pada Allah Subhanah WaTa'ala...Hanya layak untuk-Nya.Inilah yg dinamakan cinta yg suci, yg ttp mengekalkan hak hakiki sebuah cinta. Sebagai hamba, cinta pertama mestilah Allah...
~inna solati wa nusuki wa mahyaya wa mamati lillahi rabbil 'alamin~

CINTA SEDERHANA

Ini pula merupakan rasa cinta pada hamba-Nya, dan segala ciptaan-Nya, ibu bapa, keluarga, sodiqot, muslimin wa muslimat...
Cinta ini sangat penting kerana dengannya, terjalinlah perpaduan dan kasih sayang seterusnya hiduplah kita dalam keharmonian dan kebahagiaan...
~Cintailah saudara2 mu seperti kamu mencintai dirimu sendiri~

CINTA HINA

 Inilah cinta yg asasnya merupakan cinta kepada hamba melebihi cinta kepada Pencipta!
~Na'uzubillah min zalik~
Cinta sebegini terang-terangan tidak akan mendapat mardhotillah dan kebahagiaan...
Samalah seperti mencintai harta benda melebihi cinta kepada Illahi 
- At-Taubah;24-
~SSGHNY, dunia merupakan syurga bagi org kafir dan penjara bagi org beriman!~

           ********************************************
        
            Jadi, jelaslah di sini....di samping kita berbahagia bergelumang dengan cinta, lebih baik kita check dulu, cinta kita di manakah peringkatnya! Meskipun dalam kehidupan berumah tangga, cinta terhadap pasangan juga mestilah di arah ke arah cinta Illahi....

- Imam Al-Ghazali -
~Aku mencintaimu kerana agamamu, jika hilang agamamu, 
maka hilanglah cintaku kepadamu~
          
          Insya-Allah, ke atas kita serta semuanya, semoga memperoleh Najahan Mutafawwiq serta pada masa akan datang dapat menikmati syurga dunia dan akhirat! Semailah rasa cintamu ke arah yg hakiki!

- Rabiatul Adawiyah -
~"Dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati..."
Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, 
maka tiada tempat lagi untuk cinta selain itu!~ 
- Ma fi Qolbi Ghairullah-

****************************************************

Ada satu amanah dari qolbi ingin diluahkan!

              Qolb ku ini ingin memohon kemaafan atas segala kekurangan sepanjang penulisan yang telah di'post'kan. Ia berkata lagi, inikah yang sebenarnya matlamat yg patut direalisasikan?! Fikiranku pula menghentam..."Ini bukanlah ASPIRASI MUJAHIDAH yg hakikatnya hanya gempar di sebalik nama..."

               Nafsi pula timbul memberi kesimpulan di sebalik segala kecamuk perasaan yg kian bertimbun..." Jgn terlalu memandg ke blkg, kerana hari ini xbisa mengubh smalam, ttpi, buatlh sesuatu hari ini untuk m'ubah hari yg akn dtg..." 

              Terus ku t'sdar dan masih lagi terpinga-pinga, apa yg patut aku jdikan perkongsian? "Coretlah yg terbaik dari dirimu, niatkanlah sglanya Lillahi Ta'ala! YES! I'll try my best! Asif Jiddan atas segala kekurgn..."

Salam Ikhwanul Muslimin...

Sabtu, 6 November 2010

It's the Climb..YEAH!







بسم الله الرحمن الرحيم
 
Dalam satu hari ada 3 post??? Owh..interesting...huhuhu
nanti panjang sangat la pulak...so, ingatkan nak pecah dua je rupanya, terlebih, sampai ada yang ketiga...
~Harapan; Antum sudi menjenguk _walauhanya_ perkara2 yang saya bebelkan ni~
 

 


Terus bergerak pada isu? Isu yang sengaja ditimbulkan sebenarnya...
 
Isu yang keempat;
*My First Islah*
     Tau tak Islah tu ape? Islah; majalah size A4 dilipat dua yang dijual...mengandungi input2 berguna, normally, SIS yang keluarkan Islah ni, from Lujnah Penerbitan. Dan saya adalah Exco dari Lujnah Penerbitan SIS...So, dari saya dok relax je, baik saya buat Islah...Selain mengislahkan diri dan SEMASHURians, dapat jugak raise money SIS...InshaAllah
~Apa2 pon, yang penting, kena niat kerana Allah, mengajak orang mendekati-Nya~
 
 
      So, saya pon fikir2 dan fikir, dapat idea publish islah dalam bentuk cerita...iaitu 'ASPURA ANTI ASPURI' tengok tajuk pon, dah boleh attract orang, sebab tu saya pilih cerita ni untuk di'Publish'kan. Oleh sebab cerita yg agak panjang dan menyukarkan Islah untuk dikepilkan; sodiqoti pun cadang nak bahagikan 2 edisi islah ni...
      Nak diceritakan, pengalaman first time buat islah memang memeritkan..banyak benda yang perlu di'explore' dan dibazirkan. Firstly, apa yang nak dikongsikan dalam islah mestilah dipastikan kesahihannya + mestilah something yang memang ingin diketahui + kenalah latest news.... Yang perlu dibazirkan(bg saya), kertas ngan dakwat printer... Kat rumah tinggal printer yg berwarna je pulak tu...huhuhu

     Setelah, berminggu-minggu, mencuba dan mencuba...hantarlah islah ke bilik rezo. Rupa-rupanya, silap print...memang semua islah silap...rasa nak menjerit sekuat hati!~hati agak luluh pada saat itu~tapi, kawan2 semua cam support2 (fuh..thanx sodiqoti) 
Naqibah2 F3; Pilih2 mane satu korang nak!
 
        Setelah, bertungkus-lumus di bilik naqibah, 40 islah pertama yg berjaya disiapkan diedarkan buat adik2 F1 ngan F2...yg selebihnya, masih kene di'edit' sebab nak tulis page, salah rezo da!
        Alhamdulillah, seronok bile dengar komen diorang lepas baca islah tersebut...tahniah juga buat pengarang sebenar kisah ASPURA ANTI ASPURI!,jzkk. Mereka langsung tidak memberi komen negatif walaupun banyak kesilapan dalam edisi pertama tersebut.
 
         Pertanyaan mereka yang selalu menyinggah di telinga,~bila nx kluarkan edisi kedua,kak?~ menyemarakkan semangat saya untuk melakukan yang lebih baik bagi edisi kedua...InshaAllah. Saya meminta tunjuk ajar Exco Lujnah Penerbitan Kaum Hawa yang lain...Alhamdulillah, sekarang, edisi kedua dah siap..semalam...huhuhu...sabar ye adik2..nanti akan di'rezo' dan dijual..Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah!
 
 ~" Akhirul kalam, terima kasih buat semua pihak yg tolong saya buat islah secara langsung mahupun tidak...jgn rasa ini adalah penyesalan kerana sebaliknya, niatkan bagi jalan dakwah kepada Allah! Jazakallah Khoiron Kathiro! Hanya Allah yang bisa membalas segalanya!"~
 
 
 

Isu ke lima!....The Last Chapter!
MY FIRST DEBAT EXPERIENCES 
 
 Bagi F3, pihak Kaunseling sekolah dah plan memacam aktiviti, ada sports, indoor, program dua hala dengan SEPINTAR.... Sports ada bola tampar dengan Bola Jaring....
~Bola Tampar~ada 2 group je..sebab budak perempuan semua tak nak main...
dan antara 2 group tu, group saya nombor 2, pecer? hebat tak? huhuhu
 
~Bola jaring~jgn tanye r, kelas saya nombor satu...memang kat kelas tu ada banyak player basket pown! hebatkan.... tp, nak tau tak competition yang dimenangi oleh saya?
_Debat Bahasa Melayu_
 
Masa ketua kelas tengah carik peserta debat, saya cuba larikan diri, pergi join group kawan lain, menjauhkan diri dari tempat diorang diskus...tetiba, Mena, PKK, jumpa cakap masuk debat...OH MY GOD! saya jawab; HA! sape lagi yg masok? Bila bertnding?....Tetiba rasa terbeban pulak, dah la islah masa tu belum siap lagi, dengan Novel yang hilang pon tak jumpa lagi!
~Ya Allah, berilah aku kekuatan, permudahkanlah urusanku, jauhkan aku dari mazmumah!~
 
Bertanding rupanya 2 hari lagi, that night, kitorg yg represent kelas ni, bincang...nasib baik ade budak debater dalam group kitorg..FUH! dah la tak pernah berdebat....memang jatuh rrr jantung kalau camni!
 
 
Hari yg dinanti telah pon tiba...nasib baik dapat nombor 2, kalau nombor 3,4 maybe kena bertanding 2kali. Jumaat, di Bilik BI...3 Ehsan lawan 3 Amal...dua-dua kelas ada debater...!
Saya pulak, bagaikan bidan terjun yang tak terjun sangat..(ha?)....dah la jadik menteri ke-2 kerajaan, main redah je la...at least, cam ada basic la gak...huhuhu
 
Alhamdulillah, kelas saya, 3 Ehsan dah berjaya...dan kami layak ke peringkat FINAL!....Best Speaker pulak adalah debater dari 3 Amal....Nasib baik tak ramai sangat orang tengok kitorg punya bahas..dah la tak tau nak cakap ape!
 
 
Sebaliknya, ramai yang tengok bahas di kelas sebelahnya, 3 Jujur vs 3 Bakti...3 Jujur win dan diorang kena beat ngan 3 Iman b4 menentukan siapa yg layak lawan ngan kitorg di peringkat akhir...huhu....Final next week plak tu! 3 Jujur win!
 
Kalau nak tau; 3 Jujur ni ramai debater sekolah..hampir semua yg masuk la...ayohai! Nak tercabut jantung sebenarnya...Bila dah gemuruh, susah nak cakap...ni memang cubaan...
 
Pada hari Isnin, isu lain pulak yang timbul; kitorg sume malas nak bertanding...sampai cikgu BM pon turun court, tanya kitorang, apa masalahnye?! Memang gempak?! Akhirnya, kitorang tetap bertanding...nasib baik ada cikgu memujuk hati semua org...hehe! Bila ditanya;we, ko nak bertanding tak? Saya jawab; Tak ksah, tapi more to tak nak la!_ceh, muka serius la bila jawab tu_ 
 
 
MOTION; SATU MALAYSIA HANYA SLOGAN
PERANAN; MENTERI KEDUA-PEMBANGKANG & PERGULUNGAN
TEMPAT; BILIK SEJARAH
MASA; PUKUL 11 PAGI
 
Dengan persediaan yang boleh dikatakan entah apa2, kitorang melangkah masuk ke Bilik Sejarah...nak bertanding dengan budak debater memang menggugat naluri cket..darah gemuruh yang menyirap sedaya upaya diredakan...penonton2 berpusu-pusu memasuki bilik kejadian!

Kononnya, kumpulan debat 3Ehsan..huhu (jgn disalahertikan!)

Kawan2 saya semuanya memberi semangat! tetiba, pihak lawan tukar menteri kedua....saya diam jelah, Hairul, menteri pertama kami rasa tak puas hati....dia melancarkan perang psikologinya! GO,GO! Hairul mencuba menegakkan keadilan yang berdasarkan alasan yang konkrit! Kebatilan, tetap Kebatilan!

Mengikut plan, ingin sahaja Hairul, Saya n Fitrah beredar seperti tak puas hati dari bilik itu..namun, hakim meredakan kami dan menyuruh kami terus berlawan! Debat bermula...
~ Aku bersyukur kerana dapat bercakap dan mengemukakan hujah dengan sedikit tenang berbanding pertandingan sebelumnya, aku juga ditugaskan melakukan sesi pergulungan! Sesi pergulungan-entah apa entah aku merapu..fortunately xbleh izin laluan!~
 
Pada pendapat saya, 3 Ehsan dan 3 Jujur, kedua-duanya setandingan...terpulanglah pada keputusan hakim...
 
Akhirnya, keputusan dibacakan dan...USUL DITOLAK! kitorang WIN!
macam tak percaya...dan BEST Speaker diumumkan...orangnya ialah
SAYA!~lagi la tak percaya....
_Apa2 pon Alhamdulillah_


 Sebenarnya, nak la tanam harapan...masuk debat team..kalau boleh..
besides, saya ni tak de option dalam  sukan sangat....tapi kena berusaha untuk aktif!Insha-Allah!
 
Apa2 pon, terpulanglah pada cikgu...tapi, tak nak lah harapan tinggal harapan..kena teruskan ikhtiar, doa dan tawakkal..hanya Allah yang tahu yang terbaik untuk hamba-Nya....
 
 
 
~Sampai di sini sahaja post kali ini...dah cukup banyak dah pon...~
_kena pulang ke hostel dong!_
~Doakan kejayaan saya..mahabbah wa ukhwah Fillah Abadan Abada~
 

Pengalaman mendewasakan Kehidupan (^..^)

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, bersambung kita di post yang kedua....Kat sini nak continue la 3 lagi benda yang cadangnya hendak dikongsi bersama....Insha-Allah....
 
First of all, nak cakap la... saya suka sangat nasyid! Aikl? Cam...cam...macam? Apsal tetiba je cakap benda ni...huuhu! 
~saja2 je~

sebenarnya, sejak saya suka nasyid ni, boleh dikatakan la...lagu2 latest kat radio tu semua saya reject gak rr....lebih kurang camtu...
_dan bg saya, lagu2 latest yg saya minat tu memang yg btol2 best je_

tapi...mostly, lagu yang diminati tu lagu yang cam love story la gak...
EXP: Adam-Jatuh, Aril-Menatap matamu, Akim-Inilah Cinta, Dafi-Bila Terasa Rindu, danlain-lain
~tp, ingat! lagu cmni xbleh lyn slalu, lagho hati ni~

Lagu2 nasyid pon ada yg jejiwang....saya selalu nyanyi lagu ni kuat2 dalam dorm, pastu dormate cakap,"Ko ni, sejak kblakangan ni jiwang semacam.."
Saya agak ter kesima mendengarnya....huhu
Biasanya bila nyanyi lagu love2 ni, saya niatkan sebab suka lyrics lagu tu...sebab tu jadi filling sampai nak jadi watak dalam lagu tu pulak kan
_biasa la tu...kalau dah mendalami lagu_

KEM MAHARANI...PEMANTAPAN ROHANI 

         Kem Maharani ni diadakan seminggu lepas PMR, 2hari 1malam....b4 kem ni start lagi, dah banyak konflik yang berlaku kat sekolah. Kem ni disertai pelajar perempuan je. Kem ini disertai oleh pelajar perempuan F3 yang tak pergi S'pore, sebab kitorang ada program international lepas PMR, hanya segelintir F3 je yg mampu bayar, nearly RM1000 satu kepala..fuh...
Kena la pepandai ukur baju badan sendiri.....RM1000 is something waste la~


Antara masalah yang timbul ialah....jeng.....jong....jung
  1. Kitorang yg xpegi S'pore ni, nak balik rumah...baru beberapa hari habis PMR dan kitorang dah lama tak pulang ke rumah
  2. Program ni anjuran luar, so, sekolah kena juga hantar wakil
  3. Ramai budak perempuan yang tetap refuse nak pergi kem ni sebab cikgu kata mix dengan sekolah lain....

        Apa2 pon, kami sangat gembira sebab lepas cikgu jumpa PK HEM, kami semua dibenarkan balik hari itu juga, hari Rabu, dan kembali ke sekolah hari Jumaat...sebab Sabtu nak pergi Kem Maharani.
        
         Semua orang happy, boleh balik..tp, saya pulak sebaliknya, ada masalah besar
~Ayah outstation kat PD + Ibu pulak mengajar kat sekolah + Kawan yg tggl dkt Tg.Malim xde!~
Camne nak balik ni!!!!!!!!!!!
         Nasib baik ada banyak coins, kawan ada phone...boleh la call ibu lama cket...dah takde solution lain, kena naik KTM gak! Tumpang kawan sampai KKB, KTM sampai Tg. Malim. Alhamdulillah, ibu bagi kepercayaan pada diri saya (Maklumlah, first time naik KTM sorang2)!
        
       Sebenarnya, kawan yg menumpangkan saya tu lagi risau, diorang siap ajar lagi camne nak naik & siap hantar pastu babay sampai la KTM tu jalan. INGAT NASIHAT IBU!~Angah, jgn tido ye, KTM tu sekejap je, nanti terlepas station kang~

       Saya tak tido, tapi kat c2 dalam train, saya makan maggi cup...huuhu..orang cket, Alhamdulillah, dapat seat. Tidak dilupakan coins untuk call ibu bila dah sampai nanti. Sesampai je, ceh....bajet cam dah biasa naik la kan...nak call ibu suruh ambik kat KTM Tg Malim ni, takde public phone la pulak.Tetiba ada uncle indian, tanya, nak naik teksi tak? balas la tak nak, bahaya la kan, kata orang2 tua...

         Tapi, bila difikirkan balik, cammana nak call ibu...Lantas saya memanggil uncle tu, nasib baik die dengar, dia nak masuk teksi dah. Saya bgtau la nak pergi sekolah ibu, SRAHB~ Yang agak gempaknya-siap pinjam fon uncle tu lagi, uncle tu plak siap kasi permission, nak call ke mesej ke...silakan~ Tp, xjadi wat pape sbb nanti mesti ibu risau, baik diam je, sampai nanti baru bgtau...

       Masa kat dalam teksi macam2 r cite ngan uncle tu, luckly, dia orang baik, bila dah sampai sekolah ibu, bayar RM5 pastu minx maaf kat uncle tu sbb susahkn die, dok pnjam fon lagi...huhuhu~ Ibu pulak dah risau2 dah....Alhamdulillah, pengalaman pertama yang gempak gak rrr...Petang tu, smntara tunggu ibu habis ngaja_ lepak kat masjid...sronok btol,(''-)

~Masuk cite Kem Maharani~

Sepanjang perjalanan dari sekolah ke Camp Site, boleh dikatakan tido je la...Bangun pon dekat2 nak sampai baru bangun....Kampung Orang Asli rupanya
Sesampai je, nampak orang pakai tudung labuh; Oit! skolah, mana plak ni....mesti gempak!

Kem ni Persatuan Vijayaratnam yg organise, dikendalikan oleh MSQ Power Training...
Persatuan Indians rupanya, tp, alangkah murninya hati diorang buat camp untuk budak Melayu....ni la first things yg dh buka mata saya untuk camp ni...
Nak dibandingkan, kesedaran kaum pendatang lagi besar dari Melayu sendiri; rasa sedih tetiba mengenangkan bangsa sendiri....

Macam2 kitorang belajar; pasal wanita itu sendiri, ada muhasabah diri, Best ke tak jadi wanita?, motivasi, qiamulail....
besides; ada kenalan ngan sekolah lain, SMK Raja Ali+SMK Bandar Sungai Buaya
; saya jadik ketua kumpulan...huhuu Kump.3; Mawardah diberi nama (^_^)

Yang bestnya, motivasi kitorang diberikan oleh Fasi Laki; beliau menyeru semua kaum wanita memahalkan diri sendiri....
~Malu gak, ape2 pon jzkk~

Dikatakan dan kitorang diajar cara nak jadi wanita yg the best la, dari segi zahiriah+batiniah, identiti, akhlak, berpakaian....SERONOK!
Di samping kitorang bergelak ketawa, kitorang tidak dibiarkan terlalu hanyut; selalu diingatkan untuk berzikir dan beristighfar...

Perkara yang paling tak dapat dilupakan  
* Berkenalan dgn kengkwn baru, nasyid sesama dgn diorang
*Antara semua yg sertai kem tu, tak de sape yg tau nama MUFTI kat Malaysia, tapi nama artis boleh di'list'kan sepanjangnya
*Kitorang xmakan daging langsung, vegeterian...
*BEST sangat, qiam kat padang, terus ke langit....

~ Pengalaman yg tak dapat dilupakan...Terima Kasih, Allah, sebab Kau pilih aku untuk sertai Kem yg bermanfaat kathiron sebegini~Alhamdulillah...