Khamis, 25 Februari 2010

-Senyum Seindah Suria- :-)

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihi....
Aku berlindung dengan nama-Mu Ya Allah....


Semoga lagu ini dapat menyemai mahabbah di dalam diri kita..insya-Allah....
Terimalah.....

Senyum Seindah Suria

Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum, ku tersenyum
Kemesraan menguntum....

Senyum...
Kepada semua
Senyumanmu...
Amatlah berharga

Senyum...
Seperti Rasulullah
Dengan senyuman
Terjalinlah ukhuwah...

Marilah kita bersama menghayatinya
Senyumanmu amatlah berharga




9 SITI yang Patut Dic0ntohi

Assalamualaikum w.b.t....

Alhamdulillah, kerna masih dikurniakan kudrat serta taufik dan hidayah untuk terus menulis di blog...:)

















1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah - Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah - Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar - Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam - Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah - Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah - Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tapi bukan SITI NURHALIZA ye!!!.Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.


i luv islam...
wanita solehah
idaman mujahid

Jumaat, 12 Februari 2010

i luv Islam...but....i....

Assalamualaikum w.b.t.......

sebenarnya....saya masih lagi baru dalam blogger.....

so....semua ni....hanyalah cubaan yg harap2 akan membuahkan hasil....insya-Allah... :-)

teringat satu kalam yg sgt mendalam maksudnya.....
" Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis:)"
kadang2 aku cuba memahami dan 
mengamalkan maksud sebenar kalam yg indah itu....

tapi, memang ku akui 
diriku belum cukup kuat untuk betul2 mengamalkannya.....
masih diakui bahawa diriku lemah 

selalu sajaku mendorongkan diri 
ke arah hasutan syaitan dan godaan duniawi semata-mata....
aku diberi tanggungjawab yg agak besar...
tetapi, aku percaya yang aku boleh lakukannya 
kerana sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.....

aku sebenarnya takut sgt.....
aku seorang yg susah nak istiqamah....
aku takut jika dipanggil munafik..
aku lemah....

" Ya Allah....bantulah aku...,
Ya Allah....,aku sedar..
aku terlalu banyak meminta kepada-Mu....
Ya Allah, kuatkanlah jihadku....

Ya Allah...,aku takut..
aku takut hatiku ini menjadi keras Ya Allah,
aku takut hidayah-Mu tidak sampai kepadaku,
aku takut jika semua org melakukan kekhilafan,
 Ya Allah....aku asif Ya Allah, 
jika amanah-Mu 
tidak dapat ku laksanakan dengan baik...

Ya Allah aku tahu..
lidahku lebih lancar menuturkan kalam-Mu
berbanding amalanku....
oleh itu Ya Allah,
jadikanlah aku hamba-Mu 
yang beramal dengan ilmu-Mu.....ya Allah.....

Ya Allah, terimalah Muhasabah Cintaku ini....
amin Ya Rabbal A'lamin..."


Kata-kata cinta terucap indah....
Mengalir berzikir di kidung doaku....
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku....
Butir-butir cinta air mataku....
Teringat semua yang Kau beri untukku....
Ampuni khilaf dan salah....
Selama ini Ya illahi....
Muhasabah cintaku....